xxx

xxx
xxx malaya

31 March 2010

misi sim kad maxis rosak.

Hati ini ingin menulis,tapi buat mase ini sel2 otak gua tak berapa nk berfungsi.mungkin makan ubi goreng petang tadi kat gerai sebelah petronas meru tu ar..

so layan je ar yang ni.yank.

Nota:dia orang bukan gua,atau gua bukan dia orang.

29 March 2010

misi terlerai satu rahsia 2.

Story sambungan dari misi terlerai satu rahsia.



Selepas selesai dari latihan pagi tu sofi gerak untuk pulang ke rumah,dengan langkah yang agak longlai sofi menapak dengan sopan nye sambil berlagu ska,tibe2 ade suare macam gadis sunti sorok-sorok diri."hai fi nanti jap,lia ade bende nak cakap la.."eh lia rupenye nye..ingatkan monyet mana tadi."lia serius ni,jangan main2."tak lah,kan saya tengah jalan nak balik ni,main bola dah habis dah,mase bila pulak saya tengah main,rabun ape?"lia nak cakap ni,lain kali jangan pandang2 lia semasa main bola jaring boleh tak?setiap kali lia main fi asyik pandang je.."mengapa tak boleh pandang ke,jangan perasan ar saya bukan pandang lia pun,fi pandang cikgu roslinda la..dia lebih cantik dari lia."ehh,bukan pandang lia ke?"tak....lalu sofi meneruskan perjalanan nye semula.mase tu muka lia macam dah kat lantai kantin yang selalu sofi pijak.

28 March 2010

misi tiada jodoh

Di suatu situasi apabila terserempak dengan seseorang..


Perempuan:Eh,awak ni sofi kan?lame x jumpa

sofi:erm awak ni sape pulak?kita penah jumpa ke?

Perempuan:buat2 tak kenal pulak?

sofi:betul saya tak kenal awak..

perempuan:kalau macam tu saya salah orang la ni

sofi:mungkin.tapi mengapa yea?

Perempuan:muka awak seiras bekas x boyfrend saya dulu

sofi:oh..yea ke?so masih couple dengan jeff lagi ke?

Perempuan:yup..mana tahu ni..?

sofi:eh..tak,tak...(terus bla dari situ)

25 March 2010

misi terlerai satu rahsia.

story ni kisah zaman sofi di tingkatan 5,kire2 9tahun yang lepas..

Pagi itu jam menunjukan tepat pukul 9 pagi hari sabtu,sofi terpaksa menghadirkan diri ke sekolah walaupun berat hati,sofi tetap pergi dengan slogan..bola punya pasal!!!.pagi itu sofi ada latihan bola yang dibimbing oleh cikgu rafie.

Selain latihan bola,pagi tu latihan bola jaring yang dibimbing oleh cikgu roslinda,yang cantik lagi ayu pun menjalani latihan di sebelah padang bola.macam biasa sesampai je sofi akan ke belakang tandas lelaki untuk melepaskkan ketagih merokok yang memeritkan jiwa raga,sebatang rokok yang di rembat dari kepunyaan abang nye pagi tadi sebelum ke sekolah,bagi beliau jika tak merokok sebelum main bola ibarat bercium tidak pegang dada,berkepol-kepol asap melayang ke udara dan sesekali berbentuk love yang mencemarkan udara pagi yang segar lagi nyaman.

Selesai dari merokok sofi menuju ke padang untuk memulakan latihan,cikgu rafie dah terpacak di tengah padang menunggu sofi dan kawan-kawan yang lain,ibarat sebatang kayu yang tunggu di tebang.sofi dengan tenang nye memakai kasut bola yang di beli oleh abang nye hasil bodekkan yang amat teliti semase menjalankan proses membodek ke atas abang nye.semase memakai kasut mata sofi yang agak galak memandang tepat kearah seorang gadis yang bernama lia atau name ic beliau juliahana binti kamarudin,yang sedang terloncat-loncat untuk mejaringkan bola ke arah bulatan gol bola jaring tersebut.kadang2 sofi terfikir jugak kalau main bola jaring tidak terloncat-loncat tak boleh ke?..bile kite selalu meloncat pembesaran benda kat atas tu memboleh...ah,lupekan la..bukan bende tu yang sofi nak story.

Semasa memakai kasut yang hampir selesai,hanya satu ikatan simpul keatas kasut bola beliau,tibe2 member sofi.jefri,den dan mail datang dari belakang,ni mesti dari dunia memuaskan kepala sebelum ke padang ni..dalam hati sofi berbicara."wei sofi tadi sebelum datang aku jumpa lia kat depan pintu pagar tadi.jefri memulakan bicara.''kepala otak kau,namppak lia tengah main bola jaring tu,sambil menunjuk jari kearah padang sebelah."aku cakap tadi sebelum dia datang ke padang,dia kata nak jumpa kau selesai latihan nanti dekat kantin."kau jangan nak kitai aku lagi ar,baru seminggu lalu kau dah mainkan aku,kau inggat aku nak percaya dengan kau lagi ke.."tak kali ni betul2..aku tak tipu.terpulang la kat kau nak percaya atau tidak.."ah aku dah tak ade jiwa nak percaya kat engkau lagi,tu hari cakap lia nak jumpa dekat taman bacaan,last2 aku
kene jage taman tu..pergi jahanam la..

Lalu sofi pergi menuju kearah cikgu rafie dan rakan2 satu pasukan bawah 17tahun,untuk menjalani latihan untuk pagi itu..

nota:story bersambung,nanti tulis panjang2 jadi x best pulak kan..so gua akan sambung,nak tahu betul atau tak lia nak jumpa dengan sofi,nantikan episod akan datang di hari yang lain di blog yang sama..

23 March 2010

misi mengapa harus aku di bunuh


Di bunuh dan terbunuh,jangan cuba bunuh aku jika ilmu membunuh kau hanya sejengkal jari,sebelum kau ingin bunuh aku pastikan amalan kau cukup untuk menerima kematian aku kelak,jangan hanya pandai untuk membunuh tapi nothing tidak tahu apa itu maksud membunuh dan terbunuh.

Kalau aku mati dalam misi pembunuhan kau,aku ingin ucapkan taniah pada kau kerana telah berjaya membunuh aku.tapi kau perlu ingat mati aku bukan di tangan kau tapi di tangan tuhan.setitis darah merah aku mengalir angkara kau,sampai mati aku akan jejaki.


nota:mengapa manusia tak boleh tengok orang lain up sikit,mesti iri hati n dengki...walaupun sesama kaum..?

21 March 2010

misi hari ahad yang cool

Seawal pukul 7 pagi sofi sudah sedia hendak gerak keluar rumah untuk menuju ke kuala selagor,tujuan rahsia..

Macam biasa start buah hati berjenama ego lalu menuju dengan laju berkelajuan 100km sejam,dengan nekad nya sofi yakin kalau ada rezeki tidak kemana.hampir semua jenis kereta mahal dan berpatutan sudah di potong nya,tanda kelajuan buah hati sudah di tahap ajaib meningkat ke 100km ke 140km sejam.hati mula berbisik bagai ada syaitan yang menghasut di jiwa,bagai mana boleh laju sampai bergini,selalunya 80km sejam pun perit,ke ada jin yang tolak ni?

Muka yang bersih dan suci bertukar menjadi pucat,agak takut sedikit walaupaun sofi bukan seorang penakut.Hah...pergi mampos dengan jin,bisik hati.dalam perjalanan sofi terbayang2 dan yakin masih ada rezeki untuk dia hari ini.

Sampai sahaje di lokasi...

sofi:makcik bungkuskan saya 3 bungkus,ayam goreng yea..

makcik:maaf la nak,baru je habis nasi lemak nye,kuih ade la

sofi:tak ape la makcik..ahad pagi depan pukul 6 saya sampai sini...


nota:apsal benda sedap selalu cepat habis ha..?

18 March 2010

misi merah

Percaya atau tidak merah adalah warna yang mempengaruhi tindak balas lelaki terhadap wanita.Merah membuatkan lelaki berasa lebih ghairah,tertarik,berkeinginan daripada segi seksual terhadap wanita serta membuatkan wanita tampil lebih elegen walaupun mereka tidak menyedarinya.

Mungkin setengah orang tidak menyedari bahawa warna merah banyak mempengaruhi cinta dan perhubungan manusia.


nota:kadang2 gua pakai baju warna merah,tapi wanita x pandang pun...

17 March 2010

misi[dewa 21]

kisah bermula seorang pawang yang optimis dengan pemujaan syaitan dengan tujuan untuk menakluki bumi.maka dengan itu beliau memuja 3 syaitan yang menyerupai manusia dan mempunyai kuasa-kuasa jahat,syaitan terdiri dari otigo,otigos dan otioti.

1-otigo:syaitan menyerupai perempuan cantik dan seksi.tugasan memikat dan memujuk seramai mungkin lelaki untuk di jadi kan pengikut pawang seman sebagai penganut dewa 21.

2-otigos:syaitan menyerupai lelaki handsome dan macho.tugasan mencairkan hati wanita dan memujuk untuk mengikut sebagai penganut dewa 21.

3-otioti:syaitan tiada jantina dan selaku superviser kepada otigo dan otigos.kadang2 jadi perempuan dan lelaki.tugasan untuk menghasut dan memecah belahkan manusia sesama sendiri.otioti jugak adalah syaitan yang paling ganas dalam golongan syaitan moden.

Dengan perancangan yang terliti pawang seman telah menghantar ketiga-tiga syaitan tersebut di sebuah bandar besar kuala lumppur dan yang sewaktu dengan nya,untuk menghasut manusia yang berdarah merah supaya mengikut suruhan beliau.otigo menjalankan tugas nye memikat semua lelaki untuk di jadikan penganut dewa 21,bergitu jugak dengan otigos menghasut golongan wanita.

Otioti menjalankan tugas menghasut semua manusia supaya berpecah belah sesama sendiri.bila manusia sudah tidak saling faham memahami dan berpecah belah maka dengan senangnye otigo dan otigos menghasut dan mempengaruhi manusia untuk mengikut ajaran dewa 21.dengan itu pawang seman akan berkuasa di bumi ini.

Dalam cerita melayu mesti ade hero kan?

Sofi adalah seorang lelaki yang bijak dan ada rupa,pada suatu malam beliau telah bermimpi ada kuasa yang luar biasa yang telah memasuki ke dalam tubuh nye.dan dalam mimpi itu menyatakan beliau adalah orang yang terpilih dari berjuta-juta manusia dalam dunia ini supaya dapat menyekat rancangan jahat pawang seman dan 3 ekor syaitan otigo,otigos dan otioti.maka dengan itu bermula lah misi sofi untuk menyekat pawang seman dari menakluki bumi.

Dalam cerita melayu mesti ada heroin kan?tapi sory dalam cerita ini tidak ada heroin.

Berbagai-bagai dugaan yang sofi tempuhi dalam pertarungan dengan 3 syaitan tersebut,namum demi negara,agama dan bangsa sofi sanggup bertarung nyawa.biar nyawa terbang tapi jangan agama melayang.

Cerita ini ada unsur2 agama,politik,kemanusia,aksi,tahyol,cinta dan sedikit komedi.


nota:kalau lah gua dapat buat pinjaman bank rm 10 juta,esok jugak gua start buat pengambaran..skrip dah siap..bank pulak tak luluskan..adehh...

misi[dewa 21]

Kisah bermula seorang pawang yang optimis dengan pemujaan syaitan yang telah memuja 3 syaitan untuk memujuk semua manusia yang berdarah merah untuk di jadikan penganut dewa 21,dan sekali gus menakluki bumi.

maka dengan kekuatan 3 syaitan yang di puja,terdiri dari syaitan

1- otigo [syaitan perempuan yang cantik.tugas beliau untuk menggoda lelaki manusia]
2-otigol [syaitan lelaki yang handsome.tugas beliau untuk menggoda perempuan manusia]
3-otioti [syaitan tidak ada jantina kadang2 jadi lelaki dan perempuan,jawatan superviser kepade 2 syaitan otigo dan otigol,yang paling ganas.tugas menghasut manusia supaya bermusuh sesama sendiri.

Dengan perancangan yang terliti,pawang seman telah mehantar 3 syaitan tersebut ke ibu bandar kuala lumpur dan kawasan yang sewaktu dengan nye,untuk menjalankan rancangan beliau.Maka otigo mencari lelaki sebanyak yang mungkin untuk menggoda sekali gus menghasut pemikiran manusia supaye mengikut penganut dewa 21.dan begitu juga dengan otigo menggoda seramai mungkin wanita untuk di jadikan penganut dewa 21.

Otioti menjalankan tugas untuk menghasut manusia supaya berpecah belah sesama sendiri,bila manusia sudah tidak percaya sama sendiri maka senang lah tugasan otigo,otigol dan otioti menghasut manusia untuk menjadi penganut dewa 21.maka dengan senangnya pawang seman dapat menakluki bumi malaysia untuk di jadikan dunia syaitan beliau.

Dalam cerita mesti ada hero kan?tapi hero melayu la.

Maka untuk menyekat rancangan pawang seman dan 3 ekor syaitan tersebut,seorang lelaki yang bergelar sofi telah menerima sesuatu kuasa ajaib dalam mimpi tidur nye.tiba2 dia jadi kuat dan menpunyai kuase luar biase.Dan bermula lah misi sofi untuk menghapuskan pawang seman yang jahanam dengan 3 syaitan tersebut.

Berbagai-bagai dugaan yang sofi tempuhi untuk melawan kuase jahat ketiga-tiga syaitan tersebut,namum demi negara dan agama sofi sanggup bertarung nyawa.

Dalam cerita melayu mesti ade heroin kan?tapi cerita ni lain tidak ade heroin.

Cerita ini ada unsur2 menyentuh isu agama,politik,kemanusia,tamak tahap melampau,aksi2 yang ganas dan sedikit komedi.


nota:kalau lah gua dapat buat pinjaman bank sebanyak 10 juta,esok jugak gua buat pengambaran.skrip dah siap...bank pulak tak luluskan...adeh...

15 March 2010

misi in luv

Bace dekat sini,dan khas gua tujukan kepade mamat ni,coz jiwa dia diawang-awangan sekarang.


nota:gua harap beliau bahagia sampai ke anak cucu.

moga2 di berkati,Amin...

12 March 2010

misi semut merah semut hitam

''awal pagi ni kau keluar,tanye semut merah kepade semut hitam.''ha'ah..sebab aku nak kewarong minum kopi jantan,kau pulak nak kemane?''aku macam biase la keje,cari rezeki dan nafkah untuk keluarga aku.kau cuti ke hari ini?''aku cuti hari ni,nak pergi ke rumah kakak,anak nye nak berkhatan esok.''oh yea ke,sekarangkan musim cuti sekolah,memang sesuai la.''


nota:ape kene mengena dengan story semut dan khatan ni?gua pun blur x taw...

10 March 2010

misi rembulan.

Dan aku menulis di sini...

nota:lirik lagu yang mungkin akan hot satu hari nanti..huhu..

09 March 2010

misi nur.

Bismillahirahmanilrahim...

Berikan lah cahaya semangat kepada hamba mu yang lemah ini.


nota:berikan aku ruang untuk terus berjaya...

06 March 2010

misi tertunai sudah batin ku.

"Sayang mane batang pancing abang ni,semalam ade dekat tepi pintu tu.''manelah saye tahu bang..''awak dalam bilik mandi ke.''yea saye mandi,terase panas pulak tengah hari ni.''habis tu sape yang ambil batang pancing abang tu?''.abang dah lambat ni,kawan abang dah tunggu kat luar tu.''cube abang cari betul2,cari pakai mate jangan pakai kepale lutut.''dah lebih dari pade mate abang dah cari tapi tak jumpe2 jugak.

''tunggu 5 minit ayang tengah bilas shampoo kat kepale ni,nanti keluar ayang tolong carikan.''yea pun cepat la sikit,sian kawan abang tunggu kat luar tu.''ha'jap!!jap!!.

selepas 5 minit.

"abang letak mane pancing tu?''takpe la sayang..kite masuk bilik je lah,lupekan pancing tu."mengape pulak?abang tak jadi memancing ke?"sape suruh ayang berkemban depan abang,kan ayang dah tahu abang tak boleh tenggok ayang berkemban.kalau berkemban je mesti...ehem2.......


nota:menunaikan tanggungjawab zahir dan batin itu di tuntut,jangan sesekali kedekut.

04 March 2010

misi kau rocok-rocok pemikiran aku.

Di sebuah gerai,tengah tengok2 menu yang tertera dekat dinding gerai,tibe2 hati bertanye otak berfikir mata tengah usha awek bancuh air,[dalam hati berbisik,boleh tahan jugak.]dan perut rase lapar,bile lapar mesti nak makan.tak boleh ke bile lapar je nak sembahyang?.lalu mata kembali kearah menu yang tertera,wajah awek bancuh air tadi simpan di celah memory otak yang tinggal setengah gb lagi..

Antara menu yang membuatkan hati bertanye otak berfikir mata ketar.

sup tulang
nasi goreng[berbagai]
mee goreng [berbagai]
tom yam
pakapau[ni menu ape ni?]
pakateaw[ni pun same,2 menu ni yang buat hati bertanye otak berfikir mata ketar]


nota:lalu untuk mencari kepastian gua oder 2 menu tu,rupe2 nye menu tu yang hari2 gua makan pade waktu malam.macam gaban sepupu pade semut merah betol,name menu je gempak,makanan yang same.

02 March 2010

misi dari kelantan ke kuala lumpur.

Seorang pemuda bername sofi dalam perjalanan kembali ke kuala lumpur dengan menaiki keretapi malam duduk bersebelahan dengan seorang perempuan berusia dalam lingkuan 20-an.setelah lama berdiam diri,sambil tersenyum dan ala2 menguap si gadis bertanye kepade sofi.
''awak,pukul berape sekarang?"


hampir 3 kali si gadis bertanye,tapi sofi masih berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajah handsome nye.Si gadis mencuit sofi dan bertanye."saye hairan mengape awak tidak menjawab pertanyaan saye?salah ke saye bertanye?"


sofi menoleh."bukan saye tidak mahu menjawab tapi nanti kalau saye jawab,kite pasti akan bersembang mengenai soal ini soal itu,dan akhirnye kite akan bertambah mesra."si gadih blur mendengar luahan sofi.si gadih bertanye:"lalu ape salah nye kalau kite menjadi lebih mesra?"


sofi berkate:"apabila kite bertambah mesra,ketika mak ayah n abang saye menjemput saye bile sampai nanti,kite akan turun same-same.dan saye pasti mengenalkan keluarga saye kepade kamu."si gadih bertambah blur.


"jadi?"si gadis bertanye lagi.


"mak saye orangnya baik sekali kepade semua orang,takut nanti dia mempelawa awak ke rumah.nanti awak akan mandi dan berehat di rumah saye,dan kami akan jamu makan di rumah saye.setelah itu,awak menjadi rapat dengan mak dan ayah saye,lalu mereka bekenan dengn awak dan lalu menyuruh memperistri kan awak.



si gadis bertambah blur dan tidak tentu arah.lalu bertanye:"awak,apekah hubungannye semua ini dengan pertanyaan pertame saye tadi?"


sambil berdiri sofi menjawab dengan lantang:
"masalahnye?SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI ISTERI SEPERTI AWAK.JAM TANGAN PUN TAK TAKDERRR!CIKAI BETUL!!!"

misi celcom b.band.

Seorang lelaki melayu telah di periksa dan di soal siasat di pintu masuk antara singapore dan melaysia.

''nama encik?
''razlan radin."
"seks?"
"enam kali seminggu!!!"kadang2 hari ahad pun boleh"
"tak,tak,maksud saye,perempuan atau lelaki"
"tak kisahlah,tapi biar la yang berdada!"

nota:jaga lah dada kalian sebaik mungkin.tq

01 March 2010

misi tanpa 20sen.

Cinta...

Ade orang kate cinta itu indah
Ade orang kate cinta itu buta
Ade orang kate cinta itu bahagia
Ade orang kate cinta itu boleh bawa ke syurga..


Ape ade dengan cinta

cinta perlu ade ke..
Atau kasih sayang je
jangan pandai berkata-kata cinta
tapi nothing tidak tahu ape..

cinta perlu kesetiaan...betul ke?
cinta perlu kejujuran...yea ke?
cinta perlu keiklasan...boleh ke?

Atau bercinta itu ibarat bercium tidak pegang dada
masih tidak percaye..
Atau kalian tidak percaya ape itu cinta sebenarnye..
Dan masih ragu-ragu.

Cari lah cinta kekal kalian di sana
lebih di redhai
lebih di rahmati..

nota:salah satu sajak yang gua sampaikan mase malam mimpi tu hari.