xxx

xxx
xxx malaya

29 October 2011

i lovE u

Wajah langit bersih membiru.Di tengah padang bola sekolah,sopi berdiri mendongak kelangit.Renunganya tajam tanpa kerutan di muka.Saat ini,wajah sarah menjelma,bersatu dengan warna biru menjadi latar pandangan.Angin menampar-nampar tubuhnya.Sopi tidak berganjak kerana terlalu di buai asyik.Bertahan dalam suasana yang panas tengahari itu.

“sopi!”Suara cikgu karimah kedengaran menusuk ke anak telinganya.Sopi menoleh kearah kelas. “Dah masuk dalam semula”.panggil cikgu karimah tanpa senyuman.Dalam kelas sopi memandang tajam kearah sarah anak cikgu karimah.Sarah mengukirkan senyuman sedangkan masa itu sopi sangat malu diatas kejadian yang betul-betul memalukan nya.

Kertas dari buku latihan di lipat hingga menjadi pesawat ala-ala roket.Moga-moga ia sampai kepada tuan punya badan.Luahan rasa hati sopi masa itu.Pesawat kertas pun terbang melayang menuju betul-betul tepat ke meja cikgu karimah.Aisehhh...Sambil menepuk dahi.Sasaran tersasar amat sangat.

“I LOVE YOU”.cikgu karimah menbaca tulisan yang tertera di atas pesawat kertas.Tiba-tiba kelas menjadi senyap.“Sopi,ini awak buat?”Tanya cikgu karimah.“Tak cikgu!”jawab sopi ringkas.“Habis tu hantu yang buat.”cikgu karimah menguji iQ.“saya bukan hantu cikgu.”Balas sopi.

“Saya tahu ini kerja awak,dari tadi saya sudah perhatikan apa yang awak buat.”cikgu karimah semakin lantang menuduh.“Ya cikgu saya yang buat”.Satu kelas ketawakan sopi.

“Pergi berdiri di tengah padang sekarang sampai waktu saya tamat.faham!”cikgu karimah mengarah.Dengan semangat cinta yang mendalam sopi menyahut seruan bakal emak mentua nya..

22 October 2011

miri mali

rare rumah nie.
lepak time
senja di pekampungan nelayan miri

20 October 2011

misi

Seawal 4am sopie bangun dari lena.Capai tuala masuk bilik air.Mandi.Lap-lap badan,make up sikit.pakai bedak dashing lumur satu badan.Kasi wangi ketiak dah tentu nya rexona special edition jadi pilihan.Sembur wangi sikit SG men ice.Kasi tegak rambut revive strong hold.Done.Ehh lupa pulak.Pakai seluar jeans dari levi’s 501 limited dan t-shirt body glove hitam.Siap.Sandang beg deuter di belakang.

Tunggu texi.Sampai texi sopie naik.Sedar-sedar dari terlelap dah dekat sepang.5.50am sopie tiba lcct.Turun dari dari texi mata usha-usha papan tanda zon merokok.Hisap rokok sebatang.tengok Skrin besar penerbangan.Miri.flight Ak 5180 masa 7.20am.Tak buang masa sopie boarding pass.

Gila!gila!gila!Sopie berteriak dalam hati nya.Satu percutian tanpa di rancang.Jauh dalam lubuk hati nya termaktub satu misi yang dia masih sangsi,tapi percaya bahawa takdir itu sentiasa bersama dia.Dalam dingin pagi semangat sopie semakin kental,darah mengalir panas.jantung berdegup deras.

9.50am sopie di miri.Pusing-pusing Bandar naik moto sewa.Erm orang kata jika kita berani semua benda boleh buat.Dan ada orang kata cinta itu gila.Jika kita gila sebab cinta maka salahkan lah cinta tu.Tapi jika perasaan yang gila.macam mana?Tentu jadi parah bukan.So bagi sopie cinta itu perlu keberanian dan perlukan misi.

(Dan tercipta lah puisi MISI)


Di ruang sempit ini ku semadikan nama mu nama ku

Agar bersatu...

Dalam misi tanpa pasti.namun doa di iringi.

Di tanah miri ini ku tanam kan impian

Bersama kenangan

Agar takdir bersama ku..


catatan: