xxx

xxx
xxx malaya

12 December 2011

Berita malaya.

Jika anda mahu dapatkan novel NURUL ASYIKIN dan novel-novel dari selut press.
Anda juga boleh dapatkan buku2 seperti.sayap-sayap patah.Burgempak.K.L aku OK.Dua laut.jiwa berontak n berbagai lagi.Boleh datang ke dewan MPK pekan meru klang.jualan di buka dari jam 8pm-11.59pm.sekian terima kasih.

Burgempak! pun ada.Buku nie sangat bahagia jika anda membaca nyer.

26 November 2011

romantickalasepy

Gua maw jadi lebih baik
Lebih berjaya
Lebih Bergaya ;)
Lebih matang
Lebih hebat lebih kuat...
Lebih beriman
titik kehidupan gua belum berakhir.

25 November 2011

omG

*trust me,love,all these woes shall serve
For sweet discourses in our times to come.

6:40am 26-11-11 wahh...hebat jugak gua dapat buat ayat orang putih.
yg pasti gua sendiri pun x faham maksud dia.

catatan:Bila semalaman x tido bukan setakat ayat org putih gua boleh buat.jepon.korea.thailand n ape2 bahasa pun boleh..

11 November 2011

sekuntum bunga raya merah.

Mungkin kau tak seindah bunga lain
namum kau ada nilai tersendiri
merah kau sentiasa mehantui diri
lambang kau patut di sanjungi

sekuntum bunga raya merah
hadiah untuk gadis misteri
walau hanya untuk khayalan
tetap menjadi igauan dalam mimpi

Rekaan untuk penghujung mimpi
mungkin satu hari nanti
ada sinar untuk realiti
memadamkan fantasi.

03 November 2011

Projek juta-juta

TEATER JUTA-JUTA.

Tunggu apa lagi.Mehh tempah tiket cepat2,jap lagi habis kempunan.call 019-3572093 En Hilal Azmi,untuk tempah tiket.

Sekian.Lu lambat lu kempunan!

29 October 2011

i lovE u

Wajah langit bersih membiru.Di tengah padang bola sekolah,sopi berdiri mendongak kelangit.Renunganya tajam tanpa kerutan di muka.Saat ini,wajah sarah menjelma,bersatu dengan warna biru menjadi latar pandangan.Angin menampar-nampar tubuhnya.Sopi tidak berganjak kerana terlalu di buai asyik.Bertahan dalam suasana yang panas tengahari itu.

“sopi!”Suara cikgu karimah kedengaran menusuk ke anak telinganya.Sopi menoleh kearah kelas. “Dah masuk dalam semula”.panggil cikgu karimah tanpa senyuman.Dalam kelas sopi memandang tajam kearah sarah anak cikgu karimah.Sarah mengukirkan senyuman sedangkan masa itu sopi sangat malu diatas kejadian yang betul-betul memalukan nya.

Kertas dari buku latihan di lipat hingga menjadi pesawat ala-ala roket.Moga-moga ia sampai kepada tuan punya badan.Luahan rasa hati sopi masa itu.Pesawat kertas pun terbang melayang menuju betul-betul tepat ke meja cikgu karimah.Aisehhh...Sambil menepuk dahi.Sasaran tersasar amat sangat.

“I LOVE YOU”.cikgu karimah menbaca tulisan yang tertera di atas pesawat kertas.Tiba-tiba kelas menjadi senyap.“Sopi,ini awak buat?”Tanya cikgu karimah.“Tak cikgu!”jawab sopi ringkas.“Habis tu hantu yang buat.”cikgu karimah menguji iQ.“saya bukan hantu cikgu.”Balas sopi.

“Saya tahu ini kerja awak,dari tadi saya sudah perhatikan apa yang awak buat.”cikgu karimah semakin lantang menuduh.“Ya cikgu saya yang buat”.Satu kelas ketawakan sopi.

“Pergi berdiri di tengah padang sekarang sampai waktu saya tamat.faham!”cikgu karimah mengarah.Dengan semangat cinta yang mendalam sopi menyahut seruan bakal emak mentua nya..

22 October 2011

miri mali

rare rumah nie.
lepak time
senja di pekampungan nelayan miri

20 October 2011

misi

Seawal 4am sopie bangun dari lena.Capai tuala masuk bilik air.Mandi.Lap-lap badan,make up sikit.pakai bedak dashing lumur satu badan.Kasi wangi ketiak dah tentu nya rexona special edition jadi pilihan.Sembur wangi sikit SG men ice.Kasi tegak rambut revive strong hold.Done.Ehh lupa pulak.Pakai seluar jeans dari levi’s 501 limited dan t-shirt body glove hitam.Siap.Sandang beg deuter di belakang.

Tunggu texi.Sampai texi sopie naik.Sedar-sedar dari terlelap dah dekat sepang.5.50am sopie tiba lcct.Turun dari dari texi mata usha-usha papan tanda zon merokok.Hisap rokok sebatang.tengok Skrin besar penerbangan.Miri.flight Ak 5180 masa 7.20am.Tak buang masa sopie boarding pass.

Gila!gila!gila!Sopie berteriak dalam hati nya.Satu percutian tanpa di rancang.Jauh dalam lubuk hati nya termaktub satu misi yang dia masih sangsi,tapi percaya bahawa takdir itu sentiasa bersama dia.Dalam dingin pagi semangat sopie semakin kental,darah mengalir panas.jantung berdegup deras.

9.50am sopie di miri.Pusing-pusing Bandar naik moto sewa.Erm orang kata jika kita berani semua benda boleh buat.Dan ada orang kata cinta itu gila.Jika kita gila sebab cinta maka salahkan lah cinta tu.Tapi jika perasaan yang gila.macam mana?Tentu jadi parah bukan.So bagi sopie cinta itu perlu keberanian dan perlukan misi.

(Dan tercipta lah puisi MISI)


Di ruang sempit ini ku semadikan nama mu nama ku

Agar bersatu...

Dalam misi tanpa pasti.namun doa di iringi.

Di tanah miri ini ku tanam kan impian

Bersama kenangan

Agar takdir bersama ku..


catatan:

29 September 2011

samurai

ketika luv memanggilmu maka dekatilah dia walau jalanya terjal berliku,jika luv memelukmu maka dakaplah ia walau pedang di sela-sela sayapnya melukai.

Jika pedang menembusi hati,maka luv mengalir darah.Darah akan menjadi saksi.takdir akan menyusuri.

Nota:perjalan hidup samurai melayu.

-melayu ade samurai ke?"Ntahh".

14 September 2011

NURUL asYIKIN

Adakah anda seorang peminat novel2 tempatan.Jika ya,alhamdullilah.Kerana anda masih menyokong karya anak tempatan.

Jika anda seorang yang mahu kelainan dari segi penulisan mahu pun jalan cerita yang berbeza dari novel2 yang penah kalian baca.Maka novel NURUL ASYIKIN dari aloy paradoks ini adalah yg perlu anda cari.Novel yang benar2 bermain dengan emosi.Jangan salah kan gua jika anda menitiskan air mata bila kalian membaca novel ini.

Gua mengaku yang gua adalah peminat novel cinta.paling gua minat novel PERGI lah SEPI.tapi bila gua menjamah novel NURUL ASYIKIN,gua rasa novel ini lebih dari novel2 cinta yg berada di pasaran.terus terang gua cakap novel ini tahap deva.Bayangkan sehina-hina manusia takan hina sampai hujung dunia.sebaik lelaki masih ada lagi yang sebaik-baik lelaki.Jika ada cinta sekali pun jika hanya mahu cinta dunia tak akan kemana.Demi untuk mengejar minat dan cita-cita dia sanggup buat apa sahaja,walau mati menanti di depan mata.

Jika anda mahu mengerti kesudahan novel ini.
Anda boleh membeli dengan gaya pos.sila turuti langkah berikut.

1.Masukan rm 25
(harga asal ini adalah termasuk untuk pos ekpres)ke ekaun berikut.
nama:irman Noor
no ekaun:162085468109(mybank)
Pastikan jumlah yg tepat.
3.Sila nyatakan alamat dan no telepon.
4.bila selesai.Buku akan di hantar secepat mungkin.

12 August 2011

Bunga!kau pergi jua.

Apa bila rokok dunhill terasa kelat untuk dihisap.Resah kamal tak terbendung lagi,rasa amat terhina bila bunga yang di semai dan di siram dengan air rindu dan syahdu selama ini di cantas orang.

Hendak menangis tiada guna lagi,benda sudah jadi.Biar lah bunga itu mekar di taman yang baru,moga semakin mekar dan harum.Jangan di ikut-ikutkan sangat perasaan.Ada pepatah mengatakan bunga bukan sekuntum.

Kamal termenung jauh mengenangkan cinta nya berakhir tanpa menikmati mahligai bahagia.Nasib tidak sebaik yang pernah di impikan.Angin cinta pada satu masa dulu meniup syahdu puisi rindu di kala hati bersatu menjadi irama lagu tema cinta antara insan bergelar manusia musnah angkara orang ke tiga.


25 July 2011

umum.

Melihat keindahan tubuh wanita jepun di skrin tv berjenama sanyo bersaiz 20 inci membuatkan nafsu lelaki bergelora.Wanita jepun itu berundur setapak bila seorang lelaki jepun mendekatinya.Rambut wanita jepun yang basah menambahkan keghairahan aku pada malam itu.Lelaki jepun menolak wanita tersebut di atas katil.Tangan nya meramas kemas kearah sasaran.menggeliat wanita jepun sambil tangan nya merayap di pangkal peha lelaki itu.

Malam yang cerah dengan bintang-bintang yang bertaburan berkelipan amat setia menyinari bumi ciptaan yang maha Esa.Kesunyian kampung sungai tiang,bagan dato membuatkan perasaan setiap orang yang datang kesini akan menjadi tenang dengan keindahan persekitaran nya.Tetapi,segala keindahan ini tidak dapat menenangkan perasaan yang bergelora di hati aku pada masa itu.

Bunyi motor Yamaha yb tahun 1980an mehampiri di halaman rumah.Aku menjadi gelabah,intai dari celah tingkap.Alamak!...Mak dan bapak balik.Bisik dalam hati.Pantas aku menekan butang remove dari video player,kemudian menyimpan tape video dalam almari bilik aku.

Malam itu gelora sebagai budak lelaki yang baru mencecah umur 14 tahun tidak kesampaian.Setiap kali mahu menonton sampai penamat pasti ada penghalang.Malam yang hangat tiba-tiba menjadi dingin.Aku tidur dengan penuh penyesalan.Ibarat makan tidak berkuah dan bercium tidak gigit lidah.

harap maaf sambungan cerita ini akan bersambung di ZINE yg akan terbitkan pada pertengahan sept 2011.

10 July 2011

kotak hitam.


Pastikan anda menonton sebuah teater yang gempak.
tarikh dan waktu 8-11 july.tarikh ditunda sehari.waktu tetap sama seperti yg tertera di poster.


13 June 2011

merEsap dAlam gElap

Di hujung pernanti tanpa rasa gembira,hanya ada hampa.
setapak kita melangkah ada yang parah di hujung pintu syurga dunia.
tanpa rasa hina berpacaran di dalam kama rimba,konon nya syurga dunia.
hanyut di singkap dilema ciptaan manusia hanya untuk merasa apa itu syurga dunia.


-Catatan dari lorong belakang hotel malaysia p.pinang.
12 june 2011
12-35am

09 June 2011

samurai yg hilang.

Dalam satu hari berape org yg berhenti merokok?dan dalam satu hari berape org yg mencube hisap rokok?

Bg pendapat gua bilangan yang mencube hisap rokok lebih banyak dari yg cube berhenti merokok.

Fakta:merokok boleh membawa padah!!!

Nota:seorg lelaki cube utk berhenti hisap rokok di sebabkan duit hanye tinggal utk mkn tgahari selama 15 hari lg x termasuk pg dan mlm..

14 May 2011

Nasib kita.

Semalam kita lupa tentang kejadian kemarin.mungkin esok kita akan ingat kejadian 2 tahun akan datang.

Masa tu gua dah duduk rumah banglo mewah setanding dengan kediaman p.M.
Masa tu lisa suriani ajak jadi bf dia,gua tolak...
Masa tu farid kamil ajak berlakon dalam filem dia,gua tolak...
Masa tu gua akan fikir...

Masa tu x akan menjanjikan ape2 untuk gua jika gua asyik tengok tv.



05 May 2011

siput burung

Malam ahad lepas sofi balik kpg.biase la budak kpg yang jauh merantau,tak la jauh mane klang jea.itu pun kadang2 bapak sofi kate klang tu dekat amerika.Lama tak jumpa maka banyak cerita politik kpg yang bapak sofi cerita kan.terbaru bob lokman datang bagan dato buat ceramah.sofi menganggok kan jea,sambil menegok kopi panas ke tekak lalu mengigit sekeping biskut kering cap ping pong yang di beli bapak sofi dekat kedai sialo petang tadi.

Cerita makin rancak.tiba2 kakak sofi dari rawang pun sampai dengan suami dan anak2 beliau yang tidak penah makan saman.dulu mase kecik ade ke perut sofi nak di pijak nye.dia kate biar kempis sikit.giler ape sofi bukan makan rasuah pun.kakak dan abang ipar sofi join sekali borak2.bapak sofi tukar topik cerita.kali nie bukan politik tapi pengajian am.pade zaman dahulu habitat laut yang di kenali sebagai terumbu karang boleh menjadi sekor burung.bapak sofi kate mase mude terumbu karang tu boleh di makan macam siput2 laut yang lain.tapi bila dia dah membesar sebesar pinggan yang korang selalu pakai untuk makan nasi tu,maka terumbu karang tu akan menjadi anak burung.

hati sofi berbisik.dah start megarut orang tua nie..


NOta:penulisan tidak mengikut mane2 fasafah bahasa dan pustaka.


21 April 2011

...

Tunggang moto laju-laju
cepat sampai di juru
Ape ada dekat penjara pudu
kalau bukan hantu.

baling dadu...
Ada pistol ada peluru
Dekat kelantan ada budu
selangor ada shabu.

06 April 2011

Anjing itu.

Malam itu macam biasa kamal tidur di sofa ruang tamu.jam lonceng yang pernah kamal beli dekat kedai ah leng pada suatu ketika dulu menunjukan tepat pukul 1 pagi.tiba2 kamal terjaga oleh kerana anjing menyalak resah telah membuatkan lena kamal terganggu.bingkas kamal bangun lalu menuju ke tingkap cermin merenung di sekeliling.kamal nampak sekor anjing sedang merayau-rayau seolah olah dalam keadaan gelisah.

Anjing itu menyalak kembali,lalu di sahut dengan salakkan sekor lagi anjing lain.dua ekor anjing itu bertemu bagaikan sepasang kekasih.lalu salah sekor dari anjing tersebut cuba memanjat belakang anjing yang lagi sekor tadi.mata kamal tajam melihat kelakuan dua ekor anjing tersebut.

Tiba-tiba sebatang kayu beluti bersaiz panjang 4kaki tebal 3inci terbang dari arah atas mengena sasaran tepat kearah kepala anjing tersebut.anjing menyalak sambil lari..

Hati kamal berbisik..cilake punya orang kat atas gua mahu tengok real animal seks pun x boleh..



nota:lupe plak nak taip yang kamal nie sebenar nye duduk rumah flat tingkat 1.

25 March 2011

Nyawa di hujung garisan putih jalan.

Angin bertiup lembut kadang kala radangnya kencang,lelaki itu berselindung di sebalik pokok di hujung jalan.Langit gelap tiada bintang mahu pun bulan bagai hujan mahu mencurah curah limpah.semakin lama semakin kencang angin bertiup membuatkan lelaki itu seolah olah resah gelisah.rambut yang tegak pacak serabai akibat tiupan angin.

Lelaki itu berlari untuk menyeberangi jalan.namum lelaki itu tidak sempat,dengan pantas sebuah kereta buatan malaysia telah melangar lelaki itu.

ke Esokan hari nye.

Di kawasan perkuburan islam.

"maafkan aku adam,jika aku jemput kau lebih awal malam tadi mesti kau masih hidup".juffie bersuara sedih sambil tangan kanan memegang batu nisan arwah kawan nya adam.


21 March 2011

Lelaki itu

Berjalan sambil hisap rokok jenama dari seberang kotak putih bertulisan gudang garam.malam semakin larut dan karut,kupu-kupu malam bersepah sambil tunggu di kaut oleh kutu-kutu yang haus air laut.Langkah lelaki itu semakin laju takut-takut ade yang mengikut.melintasi lorong-lorong yang gelap suam-suam tiada nyamuk yang merhatikan tingkah lelaki itu.

Lelaki itu hilang dari pandangan apa bila kabus malam lembut-lembut di buai pancaran bulan yang jauh tak tercapai dengan tangan.

Lalu muncul wanita serba putih,berbaju kebaya mungkin.wanita itu muncul dari kabus yang menutupi pandangan lelaki itu tadi..

tapp..(bunyi button tv ape bila di off kan)

*dalam hati gua.pundek malam-malam macam ni la pulak cerita komedi bertukar jadi cerita hantu.

zzzzzzzz........




16 March 2011

Jef:gua heran mana la pergi hero hero jepon yg hebat bro.. 

11 February 2011

Aloy punya cerita.


karya dan arahan
Aloy paradok

Mengapa anda harus toton teater ini?di bawah ade beberape sebab mengapa anda harus pergi beramai-ramai untuk saksi kan teater merocok-rocok arahan budak nie.

1-Sebab beliau tuan punya name Nurul asyikin.(gua tak pasti "y" atau "h" kat name dia)
2-Sebab orang panggil dia aloy(dalam bahasa cina bagan dato aloy nie benda yang paling ong dalam kehidupan seharian kaum cina bagan)
3-Sebab mase beliau kat kampung.beliau di panggil budak masjid di kalangan kawan2 sekampung beliau.
4-Sebab beliau mase kecil2 suke pergi kedai tengah2 malam.semata-mata mahu beli ace cream "pop".
5-Sebab beliau antara budak yang di sayangi di kalangan keluarga beliau.sampai dah besar panjang pun masih dapat duit raya.
6-Sebab beliau penah bekerja dekat 7e satu ketika dulu.
7-Sebab beliau seorang yg tidak takut dengan hantu.sebab dia lebih dari hantu.
8-Sebab beliau mase di bangku sekolah tidak dapat bezakan antara name dan kerjaya.sampai kan tun mahathir pun dia sangkakan name kerjaya.pelik kan?tp itu la kenyataan.
9-Sebab beliau seorang yg garang.hati kering kepala keras.jiwa lembut..
10-sebab beliau bercita-cita mahu pergi haji satu hari nanti.so same2 la kita amin kan.tapi dengan syarat pergi beramai-ramai menonton teater arahan beliau.MEROCOK-ROCOK.


tarikh:24 hingga 27 Feb 2011
tempt:stor teater DBP
Masa:8.30 mlm(matinee-27 feb 2011-3.30 petang)
Tiket:Rm 20
Tempahan:0126293327.


10 February 2011

cinta.

pic sekadar hias.
Cerita pasal cinta.mesti ada yang suka dan mesti ada yang kurang suka.tapi itu lah hakikat cinta.
Cinta boleh buat kita lupa akan dunia.betul ke?
Ada orang kata cinta itu buta?maksud nya cinta tanpa mata?
Hebat nya cinta hingga kadang-kadang lupa segala nya.pelik nya cinta.
Ada yang sanggup terjun laut kerana cinta?ada!!!
Macam-macam cerita tentang cinta.ada yang sanggup gadai body kerana cinta?ada!!!
Cinta buat kita hilang arah?benar ke?mungkin ada!!!
soal nya sampai bila harus kita bercinta?sampai bila-bila!!!
Ada orang boleh hidup tanpa cinta?ada!!!siapa?ntah.
Sanggup mati kerana cinta?ada!!!bodoh nya cinta.
Ada orang tidak percaya cinta?ada!!!
Penah dengar atau nampak orang gila bercinta?mungkin ada!!!
Cinta boleh buat kita berjaya?ada!!!dan cinta juga boleh buat kita derita.

Nota:ntah.




27 January 2011

CInta buta luka berdarah.

Episod 3

Gombak.
Kuala lumpur


SURINA."korang sudah pulangkan beg kepada orang tadi?".tegas surina kepda staf nya.Surina adalah seorang usahawan yang menceburi bidang perniagaan restoran yang terletak di gombak kuala lumpur.Beliau adalah seorang gadih cantik yang bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam perniagaan nya."Sudah cik surina.."salah seorang dari staf nya membalas ringkas."Bagus,terima kasih..korang pergi buat kerja balik ok"surina memberi arahan sambil mengukir senyuman yang manis dari bibir nya.

Suasana di dalam restoran masa ini agak sibuk dengan pelanggan yang tak putus-putus bertandang untuk menjamu selera.kerana restoran yang bertemakan seafood adalah satu-satu nya restoran yang menyediakan makanan laut yang segar di kawasan itu.Surina tersenyum puas di depan kaunter penbayaran melihat para pelanggan nya menikmati hidangan di restoran nya itu.

Dalam keceria nya tersirat seribu makna,dia sentiasa mengingati seorang pelanggan yang sentiasa berkunjung ke restoran itu untuk menjamu selera.pelanggan itu adalah seorang lelaki,iaitu lelaki yang tertinggal beg nya sebentar tadi.Sejak lelaki itu kerap berkunjung lima bulan yang lalu hati nya tertarik dengan penampilan lelaki tersebut.mungkin kekacakan nya membuatkan dia terpikat dengan lelaki tersebut.

Selama lelaki itu ke restoran tidak penah sekali pun surina berborak dengan nya,kalau ada pun hanya sepatah dua itu pun semasa lelaki itu membuat bayaran bil di kaunter.Buat masa ini fikiran nya melayang jauh mengingati lelaki tersebut.hati nya berbisik lembut,erm adakah aku jatuh cinta kepada nya.tidak mungkin itu akan berlaku..aku bukan kenal dia pun..Surina menarik nafas panjang".gila betul aku ni"percakapanya terkeluar dari mulut surina walau pun dia sangka tidak.lalu salah seorang dari staf nya yang kebetulan lalu di depan kaunter untuk menghantar hidangan terdengar percakapan bos nya itu."bos tidak gila lah"sindir staf nya yang bernama fitri.Surina hanya mengukirkan senyuman sinis.

Tapi pada hakikat nya surina benar-benar tertarik dan jatuh hati dengan lelaki tersebut.mungkin dia seorang perempuan membuatkan dia malu memulakan langkah untuk bercakap dengan lelaki tersebut sekali gus untuk memikat hati si lelaki idaman nya.Surina hanya menanti hari dan waktu untuk memulakan langkah nya itu.Walau pun kadang-kadang dia terfikir panjang seolah-olah diri nya gila.Tak kan perigi cari timba.hati nya lantas berbisik.namun hati wanita nya percaya bahawa itu di namakan cinta buta..


Bersambung.



25 January 2011

CInta buta luka berdarah.

Episod 2

Ampang,kuala lumpur.

Amylia mengintai dari celah tingkap yang terbuka separuh,mata nya tajam melihat ke arah luar yang di terangi lampu jalan yang tercacak di depan rumah teres setingkat yang di sewa nya sejak tiga tahun lalu.berkali-kali dia melihat jam tangan yang berwarna putih dari jenama b.u.m yang di belinya setahun yang lalu di sebuah kedai jam tangan dekat jalan sultan ismail.jam menunjukan 9.35 malam

Fikiran nya agak melayang jauh dari dunia realiti,ruang tamu yang di lengkapi sofa dan tv lcd dari jenama sharp tersegam indah menghiasi ruang-ruang yang kosong di sulami dengan warna dinding berwarna merah hati dan coklat cair menaikan aroma suasana di ruang itu.Namum semua itu langsung tidak dapat menenang fikiran amylia untuk masa sekarang.apa yang bermain di kepala dia hanya kepada sofi.

Sofi adalah kekasih emylia yang di kenali nya hampir lima tahun dahulu.pasangan tersebut sangat serasi bersama,kemana ada sofi mesti ada emylia begitu juga bila ada emylia mesti ada sofi.Sampai mereka di gelar belangkas di kalangan kawan-kawan mereka.Tanpa di sedari mata emylia yang penah di puji oleh sofi pada ketika dahulu kerana anak mata yang seakan-akan berwarna coklat membuatkan hati sofi terpikat dengan pandangan pertama semasa mula-mula mereka bertemu dahulu di sebuah restoran salomah bistro kuala lumpur.Air mata emylia menitis mengalir membasahi pipi yang gebu,sesuai dengan orang nya cantik lagi ayu.siapa sahaja lelaki yang memandang nya pasti akan menoleh panjang.

Amylia membiarkan air mata menitis sehingga menerjah ke leher jinjang nya.dia mengenangkan tragedi petang tadi bersama sofi,semakin dia mengingati peristiwa yang berlaku semakin lalu air mata mengalir bagaikan hujan lebat mencurah-curah.Mengapa dia sanggup menduakan aku sedangkan aku sangat mencintai diri nya sepenuh jiwa.hati nya berbisik lunak sambil tangan kiri mengelap pipi yang di basahi oleh air mata seorang gadis yang sangat setia terhadap cinta nya.


Bersambung...

24 January 2011

CInta buta luka berdarah.

Sofi terduduk sambil menyandarkan badan nya ke dinding banggunan di belakang lorong yang penuh sampah sarap.Degup jantung nya agak laju bagai orang dalam ketakutan,mata nya dari tadi berkeliaran memerhatikan kawasan lorong itu.Dia bersembunyi di belakang tong sampah yang tertera tulisan BDKL itu masih tidak dapat mengawal ketakutan apabila sebentar tadi dia di kejar oleh 4 orang manusia yang tidak di kenali oleh nya.

"hei aku tahu kau bersembunyi di sini.keluar cepat!"tiba-tiba suara salah seorang dari 4 orang yang mengejar tadi berteriak.
semakin kuat gerak jantung sofi apabila mendengar suara dari mereka-mereka yang mengejar dia sebetar tadi.apa salah aku sehingga mereka mengejar aku ni.suara hati sofi berbisik.mata nya mencuri-curi melihat dari celah timbusan sampah.
"keluar la kami bukan orang jahat kami cuma nak pulangkan beg kamu yang tertinggal masa dekat restoran tadi"teriak salah seorang dari mereka.
Lalu sofi meraba di belakang badan nya baru dia sedar bahawa beg yang selalu di bawa nya sudah tiada di belakang nya.lalu binkas sofi bersuara sambil keluar dari belakang tong sampah.
"la mengapa tidak bagi tahu awal-awal tadi.buat penat saya berlari je".jawab sofi
"mengapa kau lari masa kami memanggil kau tadi".
"Aku ingatkan kau orang mahu meraguk aku".balas sofi
"Nah ambil kau punya beg yang tertinggal tadi".
Lalu mereka pergi bergitu sahaja.hanya terima kasih yang sempat sofi ucapkan kepada mereka-mereka yang di sangkakan peraguk sebentar tadi.

Sampai di dalam kereta sofi terkejut melihat beg yang tertera tulisan jenama nike.muka sofi tiba-tiba berubah.seingat dia beg kepunyaan nya dari jenama adidas bukan nya nike.sofi mengetap bibir sambil berfikir pelik.warna sama tapi...binkas tangan sofi memegang zip beg tersebut lalu membuka nya.
Alangkah terkejut nya sofi apabila melihat isi di dalam beg tersebut...


nota:ingat drama jea ke ada episod-episod,gua pun nak buat juga.so tunggu episod akan datang.Apa kah isi di dalam beg tersebut???

22 January 2011

K.K is memori.

kat klang pun ade benda ni.
rokok era fazira,haha rm 1.50 murah giler.
tujuan ambek pic ni suka2 tidak mengena yg hidup mahu pun yg mati.
tengah layan rokok era fazira.sedap giler
pemandangan waktu pagi di kpg air k.k
Ni adalah salah satu dari bandar raya kota kinabalu sabah.tempat nie di kenali sebagai kpg air.mengapa kpg air?aku x taw..so kena tanya orang sabah la.

Tujuan gua pergi sana adalah suka2,memang dah jadi tabiat gua suka pergi mana2 tanpa arah tuju.

sepanjang gua menjelajah ketempat orng.macam2 tabiat gua dapat saksi kan.salah satu tabiat orang sabah,seperti memandu kereta sambil memberi lampu isyarat ke kiri mahupun ke kanan tp mereka akan terus sahaja.so macam mana tu...haha dah nama tabiat kan.(untuk org sabah jgn ambek hati ini semua kenyataan ape yg gua pernah lihat.

tQ kat budak nie n Bf dia coz dia bersusah payah untuk teman kan gua pergi jalan2 kkat bandar k.k nie.

Mggu depan akan ke miri sarawak.
ada sape2 orang miri yg mahu bawa gua jalan2?