xxx

xxx
xxx malaya

28 June 2010

misi lagenda budak sengal.

"Nah,ni ayah belikan bola untuk boboy tau..suke tak"

"mesti ar boboy suke"

"Nanti dah besar main bola pandai2 yea boboy"

"pandai macam sape ayah"

"jadi macam roney,heskey,lucas podolski.."

"tapi saye nak jadi bookie la yah"

21 June 2010

misi PLORE skala 2

Setelah diperkenan oleh para pemegang mohor "indie movement". Maka tarikh untuk menyambut PLORE bagi Skala 2 sesi 2010 jatuh pada :

31 Julai 2010,
bertempat di Persekitaran Pasar Seni
dari jam 3.30 ptg - 7.00 malam.

Setakat ini 28 org/kumpulan telah mengesahkan penyertaan mereka dan bersedia untuk sama berbusking dalam projek PLORE Skala 2. Namun jika masih ada yang berminat untuk turut serta pandai pandai la bagitau cepat cepat dekat gua melalaui facebook atau blog.

Setiap org/kumpulan akan membuat persembahan mengikut giliran, dan giliran itu akan diulang-ulang. (konsep : Jalanan)

15 June 2010

misi lebai kasim

"sudah-sudah la tu iman,masuk rumah dah magrib ni esok-esok sambung lagi main tu".teriak mak kiah kepada cucu kesayangan nya iman,yang di jage sejak iman seumur 5bulan sampai la sekarang 8 tahun,iman lah tempat mak kiah bermanja,berborak,makan bersama-sama.

"kejap nek..iman nak balik la ni".balas iman.dalam hidup mak kiah,iman ibarat cahaya yang menerangi hidup nye seharian untuk mengharungi sisa2 hidup yang mendatang.

"ape yang kau merepek tu kiah"tiba2 suara lebai kasim menyapa mak kiah.lebai kasim adalah tok siyak surau kampong di situ.

"aku panggil cucu aku iman tu balik,dah masuk magrib macam ni dia leka main dekat tepi pokok tu ha".

"asstafirullahalazim...mengucap kiah..kan si iman tu dah tak ade,sudah 2 minggu dia meninggalkan kita,sebab allah sayang kan dia dulu dari kita semua kiah..kau jangan terlalu emosi kiah"

"ape yang kau cakap ni kasim,kau tak nampak ke si iman kat belakang kau tu,cube kau toleh belakang"

"hai tok kasim..nak pergi surau ke tok,iman ikut boleh..

"aarrrrrrr.........lebai kasim berlari dengan sekuat hati nye..


Amaran:cerita ini hanya untuk 18 tahun keatas sahaja,sebab cerita ini mungkin akan menyingung mana-mana perasaan,emosi,kesedihan,seram,atau jenaka yang melampau.untuk yang berumur 18 ke bawah bibingan orang2 dewasa di perlukan.sekian terima kasih.

07 June 2010

misi jika engkau tiada.

Badan tibe2 rase mahu rebah,menyembah bumi tempat di mane kita akan mati,bila kau tiada umpama aku pun sudah tiada,sendi2 lutut kaki kiri dan kanan agak bergoncang bagai ada gempar bumi dari seberang,tanda waktu kemuncak untuk melunaskan nafsu sudah tiba.

Selok pokek seluar kiri tak ade,selok pokek kanan pun tak ade.cube cari di sebelah almari pun tak ade,dalam bilik confirm tak ade,rusing kepala semakin berat bagai ade sebuah kereta proton saga buatan malaysia yang sedang driff di dalam nya.

Di waktu ini jika di ofer fasha sanda mahu pun faridah anak kepade makcik yang menjual nasi lemak depan simpang tiga jalan kasban meru,untuk di jadikan bakal isteri sure di tolak bulat2.rase tidak berdaye untuk menempuh hari2 mendatang tanpa dia,biar tiada cinta asal ada dia.biar mati di santau tiup jangan mati tanpa dia..

Di media,di surat khabar,di poster2 merata tempat ade,semua mengatakan TAK NAK!!! tapi aku NAK?


sofie:Ah khai(tauke kedai),kasi dunhill 20 satu kotak..

ah khai:Apa sakit mau?

sofie:kasi sakit kaki punya ok..

ah khai:okey...


NOta:tiada nota
tiada garis
tiada harta
tiada waris
tiada kata
tiada cinta
tiada rasa
tiada apa-apa..