xxx

xxx
xxx malaya

28 January 2012

berkubang.

Bila teringat zaman budak-budak buat aku tersenyum sendirian.Bagi seorang budak kampung berkubang(berenang)dalam parit memang sinonim dengan hidup aku.Bau hangir lumpur sudah menjadi haruman perfume untuk aku seharian jika berkubang.Cakap sahaja parit mana yang aku tidak penah berkudang di kpg sungai tiang.bagan dato perak.semua aku dah cuba.

Banyak-banyak parit.Aku lebih suka berkubang di parit yang berhampiran rumah sepupu aku.sebab dekat situ airnya dalam dan luas.Berkubang di temani teman sekampung memang menyeronokan.Mati lemas atau takut di baham buaya itu bukan halangan untuk aku tidak berkubang.Anak jantan kena berani.

Kisah berkubang yang aku tidak akan lupa sampai bila-bila.Zaman budak-budak semua benda jadi mainan.sehingga bekas tempat mandi jenazah dekat surau pun aku buat sampan dalam parit.giler..

Satu hari nanti mungkin bekas itu tempat aku di mandikan.

No comments: