xxx

xxx
xxx malaya

11 November 2011

sekuntum bunga raya merah.

Mungkin kau tak seindah bunga lain
namum kau ada nilai tersendiri
merah kau sentiasa mehantui diri
lambang kau patut di sanjungi

sekuntum bunga raya merah
hadiah untuk gadis misteri
walau hanya untuk khayalan
tetap menjadi igauan dalam mimpi

Rekaan untuk penghujung mimpi
mungkin satu hari nanti
ada sinar untuk realiti
memadamkan fantasi.

03 November 2011

Projek juta-juta

TEATER JUTA-JUTA.

Tunggu apa lagi.Mehh tempah tiket cepat2,jap lagi habis kempunan.call 019-3572093 En Hilal Azmi,untuk tempah tiket.

Sekian.Lu lambat lu kempunan!

29 October 2011

i lovE u

Wajah langit bersih membiru.Di tengah padang bola sekolah,sopi berdiri mendongak kelangit.Renunganya tajam tanpa kerutan di muka.Saat ini,wajah sarah menjelma,bersatu dengan warna biru menjadi latar pandangan.Angin menampar-nampar tubuhnya.Sopi tidak berganjak kerana terlalu di buai asyik.Bertahan dalam suasana yang panas tengahari itu.

“sopi!”Suara cikgu karimah kedengaran menusuk ke anak telinganya.Sopi menoleh kearah kelas. “Dah masuk dalam semula”.panggil cikgu karimah tanpa senyuman.Dalam kelas sopi memandang tajam kearah sarah anak cikgu karimah.Sarah mengukirkan senyuman sedangkan masa itu sopi sangat malu diatas kejadian yang betul-betul memalukan nya.

Kertas dari buku latihan di lipat hingga menjadi pesawat ala-ala roket.Moga-moga ia sampai kepada tuan punya badan.Luahan rasa hati sopi masa itu.Pesawat kertas pun terbang melayang menuju betul-betul tepat ke meja cikgu karimah.Aisehhh...Sambil menepuk dahi.Sasaran tersasar amat sangat.

“I LOVE YOU”.cikgu karimah menbaca tulisan yang tertera di atas pesawat kertas.Tiba-tiba kelas menjadi senyap.“Sopi,ini awak buat?”Tanya cikgu karimah.“Tak cikgu!”jawab sopi ringkas.“Habis tu hantu yang buat.”cikgu karimah menguji iQ.“saya bukan hantu cikgu.”Balas sopi.

“Saya tahu ini kerja awak,dari tadi saya sudah perhatikan apa yang awak buat.”cikgu karimah semakin lantang menuduh.“Ya cikgu saya yang buat”.Satu kelas ketawakan sopi.

“Pergi berdiri di tengah padang sekarang sampai waktu saya tamat.faham!”cikgu karimah mengarah.Dengan semangat cinta yang mendalam sopi menyahut seruan bakal emak mentua nya..

22 October 2011

miri mali

rare rumah nie.
lepak time
senja di pekampungan nelayan miri

20 October 2011

misi

Seawal 4am sopie bangun dari lena.Capai tuala masuk bilik air.Mandi.Lap-lap badan,make up sikit.pakai bedak dashing lumur satu badan.Kasi wangi ketiak dah tentu nya rexona special edition jadi pilihan.Sembur wangi sikit SG men ice.Kasi tegak rambut revive strong hold.Done.Ehh lupa pulak.Pakai seluar jeans dari levi’s 501 limited dan t-shirt body glove hitam.Siap.Sandang beg deuter di belakang.

Tunggu texi.Sampai texi sopie naik.Sedar-sedar dari terlelap dah dekat sepang.5.50am sopie tiba lcct.Turun dari dari texi mata usha-usha papan tanda zon merokok.Hisap rokok sebatang.tengok Skrin besar penerbangan.Miri.flight Ak 5180 masa 7.20am.Tak buang masa sopie boarding pass.

Gila!gila!gila!Sopie berteriak dalam hati nya.Satu percutian tanpa di rancang.Jauh dalam lubuk hati nya termaktub satu misi yang dia masih sangsi,tapi percaya bahawa takdir itu sentiasa bersama dia.Dalam dingin pagi semangat sopie semakin kental,darah mengalir panas.jantung berdegup deras.

9.50am sopie di miri.Pusing-pusing Bandar naik moto sewa.Erm orang kata jika kita berani semua benda boleh buat.Dan ada orang kata cinta itu gila.Jika kita gila sebab cinta maka salahkan lah cinta tu.Tapi jika perasaan yang gila.macam mana?Tentu jadi parah bukan.So bagi sopie cinta itu perlu keberanian dan perlukan misi.

(Dan tercipta lah puisi MISI)


Di ruang sempit ini ku semadikan nama mu nama ku

Agar bersatu...

Dalam misi tanpa pasti.namun doa di iringi.

Di tanah miri ini ku tanam kan impian

Bersama kenangan

Agar takdir bersama ku..


catatan:

29 September 2011

samurai

ketika luv memanggilmu maka dekatilah dia walau jalanya terjal berliku,jika luv memelukmu maka dakaplah ia walau pedang di sela-sela sayapnya melukai.

Jika pedang menembusi hati,maka luv mengalir darah.Darah akan menjadi saksi.takdir akan menyusuri.

Nota:perjalan hidup samurai melayu.

-melayu ade samurai ke?"Ntahh".

14 September 2011

NURUL asYIKIN

Adakah anda seorang peminat novel2 tempatan.Jika ya,alhamdullilah.Kerana anda masih menyokong karya anak tempatan.

Jika anda seorang yang mahu kelainan dari segi penulisan mahu pun jalan cerita yang berbeza dari novel2 yang penah kalian baca.Maka novel NURUL ASYIKIN dari aloy paradoks ini adalah yg perlu anda cari.Novel yang benar2 bermain dengan emosi.Jangan salah kan gua jika anda menitiskan air mata bila kalian membaca novel ini.

Gua mengaku yang gua adalah peminat novel cinta.paling gua minat novel PERGI lah SEPI.tapi bila gua menjamah novel NURUL ASYIKIN,gua rasa novel ini lebih dari novel2 cinta yg berada di pasaran.terus terang gua cakap novel ini tahap deva.Bayangkan sehina-hina manusia takan hina sampai hujung dunia.sebaik lelaki masih ada lagi yang sebaik-baik lelaki.Jika ada cinta sekali pun jika hanya mahu cinta dunia tak akan kemana.Demi untuk mengejar minat dan cita-cita dia sanggup buat apa sahaja,walau mati menanti di depan mata.

Jika anda mahu mengerti kesudahan novel ini.
Anda boleh membeli dengan gaya pos.sila turuti langkah berikut.

1.Masukan rm 25
(harga asal ini adalah termasuk untuk pos ekpres)ke ekaun berikut.
nama:irman Noor
no ekaun:162085468109(mybank)
Pastikan jumlah yg tepat.
3.Sila nyatakan alamat dan no telepon.
4.bila selesai.Buku akan di hantar secepat mungkin.

12 August 2011

Bunga!kau pergi jua.

Apa bila rokok dunhill terasa kelat untuk dihisap.Resah kamal tak terbendung lagi,rasa amat terhina bila bunga yang di semai dan di siram dengan air rindu dan syahdu selama ini di cantas orang.

Hendak menangis tiada guna lagi,benda sudah jadi.Biar lah bunga itu mekar di taman yang baru,moga semakin mekar dan harum.Jangan di ikut-ikutkan sangat perasaan.Ada pepatah mengatakan bunga bukan sekuntum.

Kamal termenung jauh mengenangkan cinta nya berakhir tanpa menikmati mahligai bahagia.Nasib tidak sebaik yang pernah di impikan.Angin cinta pada satu masa dulu meniup syahdu puisi rindu di kala hati bersatu menjadi irama lagu tema cinta antara insan bergelar manusia musnah angkara orang ke tiga.


25 July 2011

umum.

Melihat keindahan tubuh wanita jepun di skrin tv berjenama sanyo bersaiz 20 inci membuatkan nafsu lelaki bergelora.Wanita jepun itu berundur setapak bila seorang lelaki jepun mendekatinya.Rambut wanita jepun yang basah menambahkan keghairahan aku pada malam itu.Lelaki jepun menolak wanita tersebut di atas katil.Tangan nya meramas kemas kearah sasaran.menggeliat wanita jepun sambil tangan nya merayap di pangkal peha lelaki itu.

Malam yang cerah dengan bintang-bintang yang bertaburan berkelipan amat setia menyinari bumi ciptaan yang maha Esa.Kesunyian kampung sungai tiang,bagan dato membuatkan perasaan setiap orang yang datang kesini akan menjadi tenang dengan keindahan persekitaran nya.Tetapi,segala keindahan ini tidak dapat menenangkan perasaan yang bergelora di hati aku pada masa itu.

Bunyi motor Yamaha yb tahun 1980an mehampiri di halaman rumah.Aku menjadi gelabah,intai dari celah tingkap.Alamak!...Mak dan bapak balik.Bisik dalam hati.Pantas aku menekan butang remove dari video player,kemudian menyimpan tape video dalam almari bilik aku.

Malam itu gelora sebagai budak lelaki yang baru mencecah umur 14 tahun tidak kesampaian.Setiap kali mahu menonton sampai penamat pasti ada penghalang.Malam yang hangat tiba-tiba menjadi dingin.Aku tidur dengan penuh penyesalan.Ibarat makan tidak berkuah dan bercium tidak gigit lidah.

harap maaf sambungan cerita ini akan bersambung di ZINE yg akan terbitkan pada pertengahan sept 2011.

10 July 2011

kotak hitam.


Pastikan anda menonton sebuah teater yang gempak.
tarikh dan waktu 8-11 july.tarikh ditunda sehari.waktu tetap sama seperti yg tertera di poster.