xxx

xxx
xxx malaya

28 January 2012

berkubang.

Bila teringat zaman budak-budak buat aku tersenyum sendirian.Bagi seorang budak kampung berkubang(berenang)dalam parit memang sinonim dengan hidup aku.Bau hangir lumpur sudah menjadi haruman perfume untuk aku seharian jika berkubang.Cakap sahaja parit mana yang aku tidak penah berkudang di kpg sungai tiang.bagan dato perak.semua aku dah cuba.

Banyak-banyak parit.Aku lebih suka berkubang di parit yang berhampiran rumah sepupu aku.sebab dekat situ airnya dalam dan luas.Berkubang di temani teman sekampung memang menyeronokan.Mati lemas atau takut di baham buaya itu bukan halangan untuk aku tidak berkubang.Anak jantan kena berani.

Kisah berkubang yang aku tidak akan lupa sampai bila-bila.Zaman budak-budak semua benda jadi mainan.sehingga bekas tempat mandi jenazah dekat surau pun aku buat sampan dalam parit.giler..

Satu hari nanti mungkin bekas itu tempat aku di mandikan.

14 January 2012

bersih 3.0

Langit mendung.Jam menunujukan 11.32 minit pagi.Air yang turun dari atas tanda hujan.Kupu-kupu yang bermain riang di kelopak bunga di halaman sebentar dari terbang pergi sambil di perhatikan ayam yang sedang mematuk nasi hampir basi.

Sopie tersenyum depan pintu.Cadang tadi mahu pergi makan tengahari.Hujan masih tidak berhenti.MAsuk tengok tv kembali.Rancangan masakan.Ayam masak merah bermadu.Fucking!!! ayam pun pandai bermadu sekarang.


02 January 2012

azam.

azam tahun baru.Mahu lebih lasak.segak.berduit.berbudi.beriman.berbakat.berzakat.

12 December 2011

Berita malaya.

Jika anda mahu dapatkan novel NURUL ASYIKIN dan novel-novel dari selut press.
Anda juga boleh dapatkan buku2 seperti.sayap-sayap patah.Burgempak.K.L aku OK.Dua laut.jiwa berontak n berbagai lagi.Boleh datang ke dewan MPK pekan meru klang.jualan di buka dari jam 8pm-11.59pm.sekian terima kasih.

Burgempak! pun ada.Buku nie sangat bahagia jika anda membaca nyer.

26 November 2011

romantickalasepy

Gua maw jadi lebih baik
Lebih berjaya
Lebih Bergaya ;)
Lebih matang
Lebih hebat lebih kuat...
Lebih beriman
titik kehidupan gua belum berakhir.

25 November 2011

omG

*trust me,love,all these woes shall serve
For sweet discourses in our times to come.

6:40am 26-11-11 wahh...hebat jugak gua dapat buat ayat orang putih.
yg pasti gua sendiri pun x faham maksud dia.

catatan:Bila semalaman x tido bukan setakat ayat org putih gua boleh buat.jepon.korea.thailand n ape2 bahasa pun boleh..

11 November 2011

sekuntum bunga raya merah.

Mungkin kau tak seindah bunga lain
namum kau ada nilai tersendiri
merah kau sentiasa mehantui diri
lambang kau patut di sanjungi

sekuntum bunga raya merah
hadiah untuk gadis misteri
walau hanya untuk khayalan
tetap menjadi igauan dalam mimpi

Rekaan untuk penghujung mimpi
mungkin satu hari nanti
ada sinar untuk realiti
memadamkan fantasi.

03 November 2011

Projek juta-juta

TEATER JUTA-JUTA.

Tunggu apa lagi.Mehh tempah tiket cepat2,jap lagi habis kempunan.call 019-3572093 En Hilal Azmi,untuk tempah tiket.

Sekian.Lu lambat lu kempunan!

29 October 2011

i lovE u

Wajah langit bersih membiru.Di tengah padang bola sekolah,sopi berdiri mendongak kelangit.Renunganya tajam tanpa kerutan di muka.Saat ini,wajah sarah menjelma,bersatu dengan warna biru menjadi latar pandangan.Angin menampar-nampar tubuhnya.Sopi tidak berganjak kerana terlalu di buai asyik.Bertahan dalam suasana yang panas tengahari itu.

“sopi!”Suara cikgu karimah kedengaran menusuk ke anak telinganya.Sopi menoleh kearah kelas. “Dah masuk dalam semula”.panggil cikgu karimah tanpa senyuman.Dalam kelas sopi memandang tajam kearah sarah anak cikgu karimah.Sarah mengukirkan senyuman sedangkan masa itu sopi sangat malu diatas kejadian yang betul-betul memalukan nya.

Kertas dari buku latihan di lipat hingga menjadi pesawat ala-ala roket.Moga-moga ia sampai kepada tuan punya badan.Luahan rasa hati sopi masa itu.Pesawat kertas pun terbang melayang menuju betul-betul tepat ke meja cikgu karimah.Aisehhh...Sambil menepuk dahi.Sasaran tersasar amat sangat.

“I LOVE YOU”.cikgu karimah menbaca tulisan yang tertera di atas pesawat kertas.Tiba-tiba kelas menjadi senyap.“Sopi,ini awak buat?”Tanya cikgu karimah.“Tak cikgu!”jawab sopi ringkas.“Habis tu hantu yang buat.”cikgu karimah menguji iQ.“saya bukan hantu cikgu.”Balas sopi.

“Saya tahu ini kerja awak,dari tadi saya sudah perhatikan apa yang awak buat.”cikgu karimah semakin lantang menuduh.“Ya cikgu saya yang buat”.Satu kelas ketawakan sopi.

“Pergi berdiri di tengah padang sekarang sampai waktu saya tamat.faham!”cikgu karimah mengarah.Dengan semangat cinta yang mendalam sopi menyahut seruan bakal emak mentua nya..

22 October 2011

miri mali

rare rumah nie.
lepak time
senja di pekampungan nelayan miri