xxx

xxx
xxx malaya

14 May 2011

Nasib kita.

Semalam kita lupa tentang kejadian kemarin.mungkin esok kita akan ingat kejadian 2 tahun akan datang.

Masa tu gua dah duduk rumah banglo mewah setanding dengan kediaman p.M.
Masa tu lisa suriani ajak jadi bf dia,gua tolak...
Masa tu farid kamil ajak berlakon dalam filem dia,gua tolak...
Masa tu gua akan fikir...

Masa tu x akan menjanjikan ape2 untuk gua jika gua asyik tengok tv.



05 May 2011

siput burung

Malam ahad lepas sofi balik kpg.biase la budak kpg yang jauh merantau,tak la jauh mane klang jea.itu pun kadang2 bapak sofi kate klang tu dekat amerika.Lama tak jumpa maka banyak cerita politik kpg yang bapak sofi cerita kan.terbaru bob lokman datang bagan dato buat ceramah.sofi menganggok kan jea,sambil menegok kopi panas ke tekak lalu mengigit sekeping biskut kering cap ping pong yang di beli bapak sofi dekat kedai sialo petang tadi.

Cerita makin rancak.tiba2 kakak sofi dari rawang pun sampai dengan suami dan anak2 beliau yang tidak penah makan saman.dulu mase kecik ade ke perut sofi nak di pijak nye.dia kate biar kempis sikit.giler ape sofi bukan makan rasuah pun.kakak dan abang ipar sofi join sekali borak2.bapak sofi tukar topik cerita.kali nie bukan politik tapi pengajian am.pade zaman dahulu habitat laut yang di kenali sebagai terumbu karang boleh menjadi sekor burung.bapak sofi kate mase mude terumbu karang tu boleh di makan macam siput2 laut yang lain.tapi bila dia dah membesar sebesar pinggan yang korang selalu pakai untuk makan nasi tu,maka terumbu karang tu akan menjadi anak burung.

hati sofi berbisik.dah start megarut orang tua nie..


NOta:penulisan tidak mengikut mane2 fasafah bahasa dan pustaka.


21 April 2011

...

Tunggang moto laju-laju
cepat sampai di juru
Ape ada dekat penjara pudu
kalau bukan hantu.

baling dadu...
Ada pistol ada peluru
Dekat kelantan ada budu
selangor ada shabu.

06 April 2011

Anjing itu.

Malam itu macam biasa kamal tidur di sofa ruang tamu.jam lonceng yang pernah kamal beli dekat kedai ah leng pada suatu ketika dulu menunjukan tepat pukul 1 pagi.tiba2 kamal terjaga oleh kerana anjing menyalak resah telah membuatkan lena kamal terganggu.bingkas kamal bangun lalu menuju ke tingkap cermin merenung di sekeliling.kamal nampak sekor anjing sedang merayau-rayau seolah olah dalam keadaan gelisah.

Anjing itu menyalak kembali,lalu di sahut dengan salakkan sekor lagi anjing lain.dua ekor anjing itu bertemu bagaikan sepasang kekasih.lalu salah sekor dari anjing tersebut cuba memanjat belakang anjing yang lagi sekor tadi.mata kamal tajam melihat kelakuan dua ekor anjing tersebut.

Tiba-tiba sebatang kayu beluti bersaiz panjang 4kaki tebal 3inci terbang dari arah atas mengena sasaran tepat kearah kepala anjing tersebut.anjing menyalak sambil lari..

Hati kamal berbisik..cilake punya orang kat atas gua mahu tengok real animal seks pun x boleh..



nota:lupe plak nak taip yang kamal nie sebenar nye duduk rumah flat tingkat 1.

25 March 2011

Nyawa di hujung garisan putih jalan.

Angin bertiup lembut kadang kala radangnya kencang,lelaki itu berselindung di sebalik pokok di hujung jalan.Langit gelap tiada bintang mahu pun bulan bagai hujan mahu mencurah curah limpah.semakin lama semakin kencang angin bertiup membuatkan lelaki itu seolah olah resah gelisah.rambut yang tegak pacak serabai akibat tiupan angin.

Lelaki itu berlari untuk menyeberangi jalan.namum lelaki itu tidak sempat,dengan pantas sebuah kereta buatan malaysia telah melangar lelaki itu.

ke Esokan hari nye.

Di kawasan perkuburan islam.

"maafkan aku adam,jika aku jemput kau lebih awal malam tadi mesti kau masih hidup".juffie bersuara sedih sambil tangan kanan memegang batu nisan arwah kawan nya adam.


21 March 2011

Lelaki itu

Berjalan sambil hisap rokok jenama dari seberang kotak putih bertulisan gudang garam.malam semakin larut dan karut,kupu-kupu malam bersepah sambil tunggu di kaut oleh kutu-kutu yang haus air laut.Langkah lelaki itu semakin laju takut-takut ade yang mengikut.melintasi lorong-lorong yang gelap suam-suam tiada nyamuk yang merhatikan tingkah lelaki itu.

Lelaki itu hilang dari pandangan apa bila kabus malam lembut-lembut di buai pancaran bulan yang jauh tak tercapai dengan tangan.

Lalu muncul wanita serba putih,berbaju kebaya mungkin.wanita itu muncul dari kabus yang menutupi pandangan lelaki itu tadi..

tapp..(bunyi button tv ape bila di off kan)

*dalam hati gua.pundek malam-malam macam ni la pulak cerita komedi bertukar jadi cerita hantu.

zzzzzzzz........




16 March 2011

Jef:gua heran mana la pergi hero hero jepon yg hebat bro.. 

11 February 2011

Aloy punya cerita.


karya dan arahan
Aloy paradok

Mengapa anda harus toton teater ini?di bawah ade beberape sebab mengapa anda harus pergi beramai-ramai untuk saksi kan teater merocok-rocok arahan budak nie.

1-Sebab beliau tuan punya name Nurul asyikin.(gua tak pasti "y" atau "h" kat name dia)
2-Sebab orang panggil dia aloy(dalam bahasa cina bagan dato aloy nie benda yang paling ong dalam kehidupan seharian kaum cina bagan)
3-Sebab mase beliau kat kampung.beliau di panggil budak masjid di kalangan kawan2 sekampung beliau.
4-Sebab beliau mase kecil2 suke pergi kedai tengah2 malam.semata-mata mahu beli ace cream "pop".
5-Sebab beliau antara budak yang di sayangi di kalangan keluarga beliau.sampai dah besar panjang pun masih dapat duit raya.
6-Sebab beliau penah bekerja dekat 7e satu ketika dulu.
7-Sebab beliau seorang yg tidak takut dengan hantu.sebab dia lebih dari hantu.
8-Sebab beliau mase di bangku sekolah tidak dapat bezakan antara name dan kerjaya.sampai kan tun mahathir pun dia sangkakan name kerjaya.pelik kan?tp itu la kenyataan.
9-Sebab beliau seorang yg garang.hati kering kepala keras.jiwa lembut..
10-sebab beliau bercita-cita mahu pergi haji satu hari nanti.so same2 la kita amin kan.tapi dengan syarat pergi beramai-ramai menonton teater arahan beliau.MEROCOK-ROCOK.


tarikh:24 hingga 27 Feb 2011
tempt:stor teater DBP
Masa:8.30 mlm(matinee-27 feb 2011-3.30 petang)
Tiket:Rm 20
Tempahan:0126293327.


10 February 2011

cinta.

pic sekadar hias.
Cerita pasal cinta.mesti ada yang suka dan mesti ada yang kurang suka.tapi itu lah hakikat cinta.
Cinta boleh buat kita lupa akan dunia.betul ke?
Ada orang kata cinta itu buta?maksud nya cinta tanpa mata?
Hebat nya cinta hingga kadang-kadang lupa segala nya.pelik nya cinta.
Ada yang sanggup terjun laut kerana cinta?ada!!!
Macam-macam cerita tentang cinta.ada yang sanggup gadai body kerana cinta?ada!!!
Cinta buat kita hilang arah?benar ke?mungkin ada!!!
soal nya sampai bila harus kita bercinta?sampai bila-bila!!!
Ada orang boleh hidup tanpa cinta?ada!!!siapa?ntah.
Sanggup mati kerana cinta?ada!!!bodoh nya cinta.
Ada orang tidak percaya cinta?ada!!!
Penah dengar atau nampak orang gila bercinta?mungkin ada!!!
Cinta boleh buat kita berjaya?ada!!!dan cinta juga boleh buat kita derita.

Nota:ntah.




27 January 2011

CInta buta luka berdarah.

Episod 3

Gombak.
Kuala lumpur


SURINA."korang sudah pulangkan beg kepada orang tadi?".tegas surina kepda staf nya.Surina adalah seorang usahawan yang menceburi bidang perniagaan restoran yang terletak di gombak kuala lumpur.Beliau adalah seorang gadih cantik yang bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam perniagaan nya."Sudah cik surina.."salah seorang dari staf nya membalas ringkas."Bagus,terima kasih..korang pergi buat kerja balik ok"surina memberi arahan sambil mengukir senyuman yang manis dari bibir nya.

Suasana di dalam restoran masa ini agak sibuk dengan pelanggan yang tak putus-putus bertandang untuk menjamu selera.kerana restoran yang bertemakan seafood adalah satu-satu nya restoran yang menyediakan makanan laut yang segar di kawasan itu.Surina tersenyum puas di depan kaunter penbayaran melihat para pelanggan nya menikmati hidangan di restoran nya itu.

Dalam keceria nya tersirat seribu makna,dia sentiasa mengingati seorang pelanggan yang sentiasa berkunjung ke restoran itu untuk menjamu selera.pelanggan itu adalah seorang lelaki,iaitu lelaki yang tertinggal beg nya sebentar tadi.Sejak lelaki itu kerap berkunjung lima bulan yang lalu hati nya tertarik dengan penampilan lelaki tersebut.mungkin kekacakan nya membuatkan dia terpikat dengan lelaki tersebut.

Selama lelaki itu ke restoran tidak penah sekali pun surina berborak dengan nya,kalau ada pun hanya sepatah dua itu pun semasa lelaki itu membuat bayaran bil di kaunter.Buat masa ini fikiran nya melayang jauh mengingati lelaki tersebut.hati nya berbisik lembut,erm adakah aku jatuh cinta kepada nya.tidak mungkin itu akan berlaku..aku bukan kenal dia pun..Surina menarik nafas panjang".gila betul aku ni"percakapanya terkeluar dari mulut surina walau pun dia sangka tidak.lalu salah seorang dari staf nya yang kebetulan lalu di depan kaunter untuk menghantar hidangan terdengar percakapan bos nya itu."bos tidak gila lah"sindir staf nya yang bernama fitri.Surina hanya mengukirkan senyuman sinis.

Tapi pada hakikat nya surina benar-benar tertarik dan jatuh hati dengan lelaki tersebut.mungkin dia seorang perempuan membuatkan dia malu memulakan langkah untuk bercakap dengan lelaki tersebut sekali gus untuk memikat hati si lelaki idaman nya.Surina hanya menanti hari dan waktu untuk memulakan langkah nya itu.Walau pun kadang-kadang dia terfikir panjang seolah-olah diri nya gila.Tak kan perigi cari timba.hati nya lantas berbisik.namun hati wanita nya percaya bahawa itu di namakan cinta buta..


Bersambung.