xxx

xxx
xxx malaya

27 October 2010

Anti kopi O band.


Band dari puak anti kopi O.

Edit dari minah ni selaku gitaris ke2,drumer budak ni,kadang2 beliau menggunakan kaki untuk mengetuk drum,n gua selaku vokalis n merangkap gitaris utama,hahaha

nota:next album berada di pasar borong selayang.

26 October 2010

Misi Adinda

Malam ini
kasih bersemi
dua jiwa berjanji
sehidup semati

bulan di pagari bintang
sebagai saksi cinta kita
moga kekal abadi
Adinda

Duhai adinda
kau harus mengerti
tiada lain ku sayangi
kau ibarat penawar hati

hadir mu adinda
upama bidadari
turun ke bumi
untuk menjadi pemaisuri sejati


Nota:amacam dengan template baru gua???di persetankan oleh budak INI..

28 September 2010

SEKUNTUM BUNGA KEMBOJA PUTIH

Insyallah jika di panjangkan umur dan tiada aral melintang,sebuah short filem arahan gua akan menjalankan pengambaran pada hari ahad ni,lokasi di sebuah rumah sewa yang agak usang dan di kawasan perkuburan klang.

SEKUNTUM BUNGA KEMBOJA PUTIH


Arahan- warie harun@triple x malaya
Jurukemera- warieharun,razman@pendekar hitam
Editor- Fazlee@king of the road
penampilan- Fazlee,warie harun

tarikh dijangka siap:20 oktober 2010

nota:Hanya yang berani sahaja yang mampu bertahan.

24 August 2010

misi nasi kosong.

Bila kita dalam kesusahan baru nak ingat dia,baru nak tunaikan apa yang di perintahkan.
tapi bila kita senang buat2 lupa perintah dia.Dulu zaman sekolah ustaz ada mengatakan kepada gua,walaubagai mana kita senang atau susah,jangan sesekali melupakan apa yang di perintahkan kepada kita di muka bumi ini.

Zaman sekarang!!!mungkin itu yang patut gua kata kan.Gua bukan ustaz,malaikat mahupun rasul,siapa la gua mahu menyentuh isu2 macam ni,gua hanya seorang insan yang kadang2 terkantoi juga dengan perintah Nya.

Sepanjang Gua hidup,tiada lagi poster yang tertulis ramadhan di dahulukan.ada?atau mungkin gua tak perasan.Tapi poster yang tertulis bazar ramadhan bersepah..ramadhan ni bulan untuk makan ke?

21 August 2010

misi buat baik di balas baik.

Dulu mase zaman sekolah,gua masih ingat lagi ustaz ada kate orang yang buat baik akan di balas baik.Semase gua peluang dari keje tadi,ade seorang makcik tua berjalan kaki.Lalu gua tumpang kan makcik tu ke rumah dia,tak jauh mane pun..sampai je kat rumah dia,makcik tu mengucapkan terima kasih kat gua,sambil tangan kanan dia mengulur rm5,duit minyak dia kate.gua menolak pemberian makcik tu,gua ikhlas...

Nak di jadikan cerita,semase gua pulang dari hantar makcik tu gua singgah ke bazar ramadan kejap.turun je dari kereta gua ternampak duit rm 10 yang terlipat...gua ambek buat beli air.

Dalam hati gua,mungkin ni balasan baik gua menghantar makcik tu kot...

14 August 2010

misi ramadhan di new york

Kejadian di bazar ramadhan meru klang,4 hari berpuse baru tadi gua berkesempatan untuk membeli juwadah berbuka.Tengah gua berjalan-jalan,gua rase macam dekat new york pulak,semakin ramai anak dara kat meru ni yang berambut perang-perang,pakai seluar pendek...hu,gempak!!!ke memang meru dah bertukar jadi new york...

05 August 2010

02 August 2010

misi ego.

situasi di pasar seni k.l,mase plore skala 2 berlangsung ajuran paradoks.

nota:perhatikan moto ego paling gempak di abad ini...

01 August 2010

Selipar aku putus

Kisah berlaku lima hari yang lalu
Aku terlihat gadis melayu
Berbaju kebaya merah jambu
Bertumit tinggi paras gebu
Berambut perang ala-ala debu
Bersubang besar sambil berlalu

Lalu aku menegur..
"hai besar subang''
Dia membalas..
"selipar awak putus"

"Apa..selipar aku putus.

29 July 2010

misi hegemoni

Poster kat atas tu adalah teater,tarikh,mase,tempat,tiket n semua nye ade tertera dekat poster tu.

Nota:Anda di jemput hadir..mengikut kajian nilai rm 15 tu lebih murah dari kereta myvi.jika kita menilai sesuatu perkara itu dengan wang ringit,jangan lupa nilaikan sekali dengan kualiti nye sekali,maju la industri teater untuk negara.