02 January 2012
12 December 2011
Berita malaya.
26 November 2011
romantickalasepy
25 November 2011
omG
11 November 2011
sekuntum bunga raya merah.
namum kau ada nilai tersendiri
merah kau sentiasa mehantui diri
lambang kau patut di sanjungi
sekuntum bunga raya merah
hadiah untuk gadis misteri
walau hanya untuk khayalan
tetap menjadi igauan dalam mimpi
Rekaan untuk penghujung mimpi
mungkin satu hari nanti
ada sinar untuk realiti
memadamkan fantasi.
03 November 2011
Projek juta-juta

29 October 2011
i lovE u
Wajah langit bersih membiru.Di tengah padang bola sekolah,sopi berdiri mendongak kelangit.Renunganya tajam tanpa kerutan di muka.Saat ini,wajah sarah menjelma,bersatu dengan warna biru menjadi latar pandangan.Angin menampar-nampar tubuhnya.Sopi tidak berganjak kerana terlalu di buai asyik.Bertahan dalam suasana yang panas tengahari itu.
“sopi!”Suara cikgu karimah kedengaran menusuk ke anak telinganya.Sopi menoleh kearah kelas. “Dah masuk dalam semula”.panggil cikgu karimah tanpa senyuman.Dalam kelas sopi memandang tajam kearah sarah anak cikgu karimah.Sarah mengukirkan senyuman sedangkan masa itu sopi sangat malu diatas kejadian yang betul-betul memalukan nya.
Kertas dari buku latihan di lipat hingga menjadi pesawat ala-ala roket.Moga-moga ia sampai kepada tuan punya badan.Luahan rasa hati sopi masa itu.Pesawat kertas pun terbang melayang menuju betul-betul tepat ke meja cikgu karimah.Aisehhh...Sambil menepuk dahi.Sasaran tersasar amat sangat.
“I LOVE YOU”.cikgu karimah menbaca tulisan yang tertera di atas pesawat kertas.Tiba-tiba kelas menjadi senyap.“Sopi,ini awak buat?”Tanya cikgu karimah.“Tak cikgu!”jawab sopi ringkas.“Habis tu hantu yang buat.”cikgu karimah menguji iQ.“saya bukan hantu cikgu.”Balas sopi.
“Saya tahu ini kerja awak,dari tadi saya sudah perhatikan apa yang awak buat.”cikgu karimah semakin lantang menuduh.“Ya cikgu saya yang buat”.Satu kelas ketawakan sopi.
“Pergi berdiri di tengah padang sekarang sampai waktu saya tamat.faham!”cikgu karimah mengarah.Dengan semangat cinta yang mendalam sopi menyahut seruan bakal emak mentua nya..
22 October 2011
20 October 2011
misi
Tunggu texi.Sampai texi sopie naik.Sedar-sedar dari terlelap dah dekat sepang.5.50am sopie tiba lcct.Turun dari dari texi mata usha-usha papan tanda zon merokok.Hisap rokok sebatang.tengok Skrin besar penerbangan.Miri.flight Ak 5180 masa 7.20am.Tak buang masa sopie boarding pass.
Gila!gila!gila!Sopie berteriak dalam hati nya.Satu percutian tanpa di rancang.Jauh dalam lubuk hati nya termaktub satu misi yang dia masih sangsi,tapi percaya bahawa takdir itu sentiasa bersama dia.Dalam dingin pagi semangat sopie semakin kental,darah mengalir panas.jantung berdegup deras.
9.50am sopie di miri.Pusing-pusing Bandar naik moto sewa.Erm orang kata jika kita berani semua benda boleh buat.Dan ada orang kata cinta itu gila.Jika kita gila sebab cinta maka salahkan lah cinta tu.Tapi jika perasaan yang gila.macam mana?Tentu jadi parah bukan.So bagi sopie cinta itu perlu keberanian dan perlukan misi.
(Dan tercipta lah puisi MISI)
Di ruang sempit ini ku semadikan nama mu nama ku
Agar bersatu...
Dalam misi tanpa pasti.namun doa di iringi.
Di tanah miri ini ku tanam kan impian
Bersama kenangan
Agar takdir bersama ku..
catatan: