xxx

xxx
xxx malaya

10 July 2011

kotak hitam.


Pastikan anda menonton sebuah teater yang gempak.
tarikh dan waktu 8-11 july.tarikh ditunda sehari.waktu tetap sama seperti yg tertera di poster.


13 June 2011

merEsap dAlam gElap

Di hujung pernanti tanpa rasa gembira,hanya ada hampa.
setapak kita melangkah ada yang parah di hujung pintu syurga dunia.
tanpa rasa hina berpacaran di dalam kama rimba,konon nya syurga dunia.
hanyut di singkap dilema ciptaan manusia hanya untuk merasa apa itu syurga dunia.


-Catatan dari lorong belakang hotel malaysia p.pinang.
12 june 2011
12-35am

09 June 2011

samurai yg hilang.

Dalam satu hari berape org yg berhenti merokok?dan dalam satu hari berape org yg mencube hisap rokok?

Bg pendapat gua bilangan yang mencube hisap rokok lebih banyak dari yg cube berhenti merokok.

Fakta:merokok boleh membawa padah!!!

Nota:seorg lelaki cube utk berhenti hisap rokok di sebabkan duit hanye tinggal utk mkn tgahari selama 15 hari lg x termasuk pg dan mlm..

14 May 2011

Nasib kita.

Semalam kita lupa tentang kejadian kemarin.mungkin esok kita akan ingat kejadian 2 tahun akan datang.

Masa tu gua dah duduk rumah banglo mewah setanding dengan kediaman p.M.
Masa tu lisa suriani ajak jadi bf dia,gua tolak...
Masa tu farid kamil ajak berlakon dalam filem dia,gua tolak...
Masa tu gua akan fikir...

Masa tu x akan menjanjikan ape2 untuk gua jika gua asyik tengok tv.



05 May 2011

siput burung

Malam ahad lepas sofi balik kpg.biase la budak kpg yang jauh merantau,tak la jauh mane klang jea.itu pun kadang2 bapak sofi kate klang tu dekat amerika.Lama tak jumpa maka banyak cerita politik kpg yang bapak sofi cerita kan.terbaru bob lokman datang bagan dato buat ceramah.sofi menganggok kan jea,sambil menegok kopi panas ke tekak lalu mengigit sekeping biskut kering cap ping pong yang di beli bapak sofi dekat kedai sialo petang tadi.

Cerita makin rancak.tiba2 kakak sofi dari rawang pun sampai dengan suami dan anak2 beliau yang tidak penah makan saman.dulu mase kecik ade ke perut sofi nak di pijak nye.dia kate biar kempis sikit.giler ape sofi bukan makan rasuah pun.kakak dan abang ipar sofi join sekali borak2.bapak sofi tukar topik cerita.kali nie bukan politik tapi pengajian am.pade zaman dahulu habitat laut yang di kenali sebagai terumbu karang boleh menjadi sekor burung.bapak sofi kate mase mude terumbu karang tu boleh di makan macam siput2 laut yang lain.tapi bila dia dah membesar sebesar pinggan yang korang selalu pakai untuk makan nasi tu,maka terumbu karang tu akan menjadi anak burung.

hati sofi berbisik.dah start megarut orang tua nie..


NOta:penulisan tidak mengikut mane2 fasafah bahasa dan pustaka.


21 April 2011

...

Tunggang moto laju-laju
cepat sampai di juru
Ape ada dekat penjara pudu
kalau bukan hantu.

baling dadu...
Ada pistol ada peluru
Dekat kelantan ada budu
selangor ada shabu.

06 April 2011

Anjing itu.

Malam itu macam biasa kamal tidur di sofa ruang tamu.jam lonceng yang pernah kamal beli dekat kedai ah leng pada suatu ketika dulu menunjukan tepat pukul 1 pagi.tiba2 kamal terjaga oleh kerana anjing menyalak resah telah membuatkan lena kamal terganggu.bingkas kamal bangun lalu menuju ke tingkap cermin merenung di sekeliling.kamal nampak sekor anjing sedang merayau-rayau seolah olah dalam keadaan gelisah.

Anjing itu menyalak kembali,lalu di sahut dengan salakkan sekor lagi anjing lain.dua ekor anjing itu bertemu bagaikan sepasang kekasih.lalu salah sekor dari anjing tersebut cuba memanjat belakang anjing yang lagi sekor tadi.mata kamal tajam melihat kelakuan dua ekor anjing tersebut.

Tiba-tiba sebatang kayu beluti bersaiz panjang 4kaki tebal 3inci terbang dari arah atas mengena sasaran tepat kearah kepala anjing tersebut.anjing menyalak sambil lari..

Hati kamal berbisik..cilake punya orang kat atas gua mahu tengok real animal seks pun x boleh..



nota:lupe plak nak taip yang kamal nie sebenar nye duduk rumah flat tingkat 1.

25 March 2011

Nyawa di hujung garisan putih jalan.

Angin bertiup lembut kadang kala radangnya kencang,lelaki itu berselindung di sebalik pokok di hujung jalan.Langit gelap tiada bintang mahu pun bulan bagai hujan mahu mencurah curah limpah.semakin lama semakin kencang angin bertiup membuatkan lelaki itu seolah olah resah gelisah.rambut yang tegak pacak serabai akibat tiupan angin.

Lelaki itu berlari untuk menyeberangi jalan.namum lelaki itu tidak sempat,dengan pantas sebuah kereta buatan malaysia telah melangar lelaki itu.

ke Esokan hari nye.

Di kawasan perkuburan islam.

"maafkan aku adam,jika aku jemput kau lebih awal malam tadi mesti kau masih hidup".juffie bersuara sedih sambil tangan kanan memegang batu nisan arwah kawan nya adam.


21 March 2011

Lelaki itu

Berjalan sambil hisap rokok jenama dari seberang kotak putih bertulisan gudang garam.malam semakin larut dan karut,kupu-kupu malam bersepah sambil tunggu di kaut oleh kutu-kutu yang haus air laut.Langkah lelaki itu semakin laju takut-takut ade yang mengikut.melintasi lorong-lorong yang gelap suam-suam tiada nyamuk yang merhatikan tingkah lelaki itu.

Lelaki itu hilang dari pandangan apa bila kabus malam lembut-lembut di buai pancaran bulan yang jauh tak tercapai dengan tangan.

Lalu muncul wanita serba putih,berbaju kebaya mungkin.wanita itu muncul dari kabus yang menutupi pandangan lelaki itu tadi..

tapp..(bunyi button tv ape bila di off kan)

*dalam hati gua.pundek malam-malam macam ni la pulak cerita komedi bertukar jadi cerita hantu.

zzzzzzzz........




16 March 2011

Jef:gua heran mana la pergi hero hero jepon yg hebat bro..