xxx

xxx
xxx malaya

19 August 2012

kebaya bedah di pagi raya.

Sayu takbir raya memecah hening pagi.Bedah mengenakan kebaya warna merah jambu berselendang putih.
........
Mak bedah : kau nak kemana tu bedah.

Bedah : Ke kubur mak.

Mak bedah : Elok la tu kejap lagi orang surau balik dari sembahyang raya,jangan sampai orang nampak kamu sudah.

Bedah : Baik la mak,raya tahun depan saya balik lagi.

Mak bedah : Nah!Mak bekalkan rendang dan ketupat,boleh makan dengan kawan-kawan kat kubur nanti.

..............

18 June 2012

ilusi


iLuSI

Wujudmu hanya dalam mindaku.Perwatakan kamu hanya secorek kisah insan seperti aku.
Sekalipun diri dan sahsiahmu tidak wujud,namum perlambangan watakmu sentiasa menyentap ilusi ku.
Wanita misteri.   

17 May 2012

21 April 2012

roMpakaN bErsePadU

tarikh : 03 mei 2012 - 06 mei 2012
tempat : stor teater dbp, kuala lumpur.
masa : 8.30 malam.
tiket : rm 20.00 sahaja.
tempahan : 012 - 629 3327 @ 03 - 7831 7949


Nota:Apa yang di rompak dan siapa yang terompak.

12 April 2012

Bangang.

Rutin harian kamal.Pagi,cari sejadah.Gosok gigi minum air jarang dengan biskut kering.Pakai baju pakai seluar pergi keje.sampai ofice macam-macam perangai manusia yang mahu maju dengan cara tikam dari belakang.Sangat kejam bukan?Itu lah sifat manusia.

Waktu rehat tengahari kamal makan.Manusia beruntung sebenarnya?macam2 makanan kita boleh nikmati.Cuma kadang2 manusia langsung tidak menghargai.Kejam bukan?Sifat manusia tidak tahu bersyukur.

Masuk keje kembali.Masa ni paling bangsat untuk kamal.keje banyak mata mengantok.Paling bangang bos pandang sinis.kejam bukan?Sifat manusia bila berpangkat,orang bawahan dia ingat suka2 mahu pijak.

Waktu balik.paling best dan paling bangang.Best sebab dapat balik dan rehat dekat sofa empuk berwarna merah sambil tengok tv.Bangang sebab hari-hari kena harungi jam.Dengan bunyi hond bermacam-macam irama.sikap pemandu yang kurang ajar.Kejam bukan?Sifat manusia.Hanya pentingkan diri sendiri.Orang lain macam mana?Itu tidak penting bukan.Jika ada bersifat bergitu.Manusia itu adalah bangang di sisi kamal mahu pun tuhan.

14 February 2012

seindah pantai secantik senah

Melihat kak senah dari jauh sedang menyidai kain di ampaian.Rambut lurus paras bahu di tambah pula dengan warna keperangan membuatkan senah yang berkulit gebu bertubuh molek nampak lebih ranggi.Rambut basah dan hanya berkemban paras dada membuatkan pagi penuh ceria pada sesiapa yang melintasi rumah senah di kampong pantai damai laut.

Anggin yang bertiup kencang membuatkan kain batik yang menutupi tubuh gebu senah terselak paras peha,lekas-lekas senah menurunkan semula.

Di warong kopi.

"Ha,mengapa kau sorong moto kau kamal."tanya wak suib.

"Hai,tak kan wak tak nampak moto saya bengkok depan ni ha."

"Kan wak dah cakap jangan lalu ikut jalan tepi pantai kau degil,nak juga tengok si senah tu,kalau hari-hari kau terlanggar pokok jawabnya silap hari bulan terus padam."

"Mulut cantik sikit wak,agak-agak lah nak doakan saya mati..rim basikal wak tu bengkok mengapa?langgar lubang ke,langgar pokok..."

.......




12 February 2012

lena di buai mimpi

Sebatang rokok di keluarkan dari kotak.Pemetik api di keluarkan dari pokek seluar.Nyala api rokok di cucuh.Sedut-sedut asap tak berasap.Mata masih pejam.sofa yang lusuh menjadi medan petarungan lena sepanjang hari.Mana pergi suria pagi,mana pergi matahari,sampai terbenam mentari masih lena di buai mimpi.

"wei..lu agak-agak la bakar rokok dari putong.lu mabok ke?"