xxx

xxx
xxx malaya

28 January 2012

berkubang.

Bila teringat zaman budak-budak buat aku tersenyum sendirian.Bagi seorang budak kampung berkubang(berenang)dalam parit memang sinonim dengan hidup aku.Bau hangir lumpur sudah menjadi haruman perfume untuk aku seharian jika berkubang.Cakap sahaja parit mana yang aku tidak penah berkudang di kpg sungai tiang.bagan dato perak.semua aku dah cuba.

Banyak-banyak parit.Aku lebih suka berkubang di parit yang berhampiran rumah sepupu aku.sebab dekat situ airnya dalam dan luas.Berkubang di temani teman sekampung memang menyeronokan.Mati lemas atau takut di baham buaya itu bukan halangan untuk aku tidak berkubang.Anak jantan kena berani.

Kisah berkubang yang aku tidak akan lupa sampai bila-bila.Zaman budak-budak semua benda jadi mainan.sehingga bekas tempat mandi jenazah dekat surau pun aku buat sampan dalam parit.giler..

Satu hari nanti mungkin bekas itu tempat aku di mandikan.

14 January 2012

bersih 3.0

Langit mendung.Jam menunujukan 11.32 minit pagi.Air yang turun dari atas tanda hujan.Kupu-kupu yang bermain riang di kelopak bunga di halaman sebentar dari terbang pergi sambil di perhatikan ayam yang sedang mematuk nasi hampir basi.

Sopie tersenyum depan pintu.Cadang tadi mahu pergi makan tengahari.Hujan masih tidak berhenti.MAsuk tengok tv kembali.Rancangan masakan.Ayam masak merah bermadu.Fucking!!! ayam pun pandai bermadu sekarang.


02 January 2012

azam.

azam tahun baru.Mahu lebih lasak.segak.berduit.berbudi.beriman.berbakat.berzakat.